cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Ibrah 114

Perkongsian Motivasi, Tadabbur Tazakkur dan Ibrah Daripada Al-Quran. Dibawakan oleh Akademi Sinergi Ikhlas. www.akademisinergi.com

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
2 453
المشتركون
+124 ساعات
+87 أيام
+5830 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Penurunan Surah An Nur ini sangat ditunggu oleh Sayidatina Aisyah dan Rasulullah SAW.
Mengapa? Perlu kita hayati cerita ini; Beliau telah difitnah oleh kaum Musyrikin sehingga menyebabkan beliau menangis berhari-hari kerana keengganan baginda berjumpanya. Lalu baginda berkata, "Wahai Aisyah, aku ketahui pelbagai cerita telah diperkatakan tentang dirimu. Jika engkau memang tidak bersalah, Allah SWT pasti tidak akan menyalahkan kamu. Tetapi seandainya engkau bersalah, mohonlah keampunan daripada Allah SWT dan bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya apabila seorang hamba mengaku berdosa kemudian bertaubat, nescaya Allah pasti akan menerima taubatnya." 🤍 Buat diri yang berusaha memahami mesej ini untuk diamalkan, yakinilah janji Allah yang Maha Baik. Tak mengapa kita tersilap, namun jangan tangguh bertaubat dengan sesungguhnya, Allah pasti bertaubat. #ibrah114 #addeenulhaq #annur
إظهار الكل...
ISTIMEWA #IBRAH114 (2024) | SIRI KELAS AD-DEENUL HAQ (D:HAQ)

Penganjuran seminar siri ibrah Ad_Deenul Haq akan berfokus pada kupasan surah pilihan untuk memandu setiap individu menyeimbangkan peranan dalam bidang kerjaya dan keluarga. Sesulit mana pun kehidupan, sesungguhya Allah bersamamu.

👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Surah An-Nur💡 Surah yang mana awal-awal lagi Allah swt telah menegaskan kepada kita bahawa ianya perlu diberi perhatian, jangan pandang ringan kerana di dalamnya terdapat mesej yang amat penting untuk kita taati bersama. Mesej yang memandu kita untuk bergerak ke cahaya Allah SWT, bukannya tersesat dalam kegelapan. __
Surah yang sebahagian besar isinya mengandungi tatacara, panduan serta petunjuk-petunjuk Allah swt berhubung dengan soal kemasyarakatan dan rumah tangga.
Insha Allah, pada 28 September 2024 bersama penyampai Ustaz Syaari Ab Rahman 🔖 Join kelas & diskusi bersama : bit.ly/dhaq2024 #ibrah114 #addeenulhaq
إظهار الكل...
1
"AYAT-AYAT ALLAH" Sebenarnya, dalam mendidik anak, kita sedang mendidik diri. Banyak yang kita boleh belajar tentang diri dan Allah dalam berurusan dengan anak-anak. Bila anak tak dengar cakap, saya selalu teringat yang saya juga banyak tak dengar cakap Allah. Bila anak buat salah, saya selalu teringat yang saya juga banyak buat salah kepada Allah. Bila saya nak marah atas kesalahan anak, saya selalu teringat yang Allah tidak terus marah bila saya buat salah dengan terus mengazab. Allah tahu segala salah saya dan masih memberi peluang. Bahkan, Allah menutup segala kesalahan dan aib saya dari diketahui orang. Jadi kenapa saya marah dan tak beri peluang pada anak saya? Sedangkan saya sendiri pun melakukan perkara yang sama dan berharap Allah berlemah-lembut dengan saya. وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ “Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?” (An-Nur, 24:22) Terima kasih anak-anak atas pelajaran ini. ❤️ Moga dengan adanya kefahaman surah al-Nur secara komprehensif nanti, Allah bantu diri saya dan ahli keluarga! #ibrah114 #addeenulhaq
إظهار الكل...
ISTIMEWA #IBRAH114 (2024) | SIRI KELAS AD-DEENUL HAQ (D:HAQ)

Penganjuran seminar siri ibrah Ad_Deenul Haq akan berfokus pada kupasan surah pilihan untuk memandu setiap individu menyeimbangkan peranan dalam bidang kerjaya dan keluarga. Sesulit mana pun kehidupan, sesungguhya Allah bersamamu.

3
Photo unavailableShow in Telegram
Sudah bersedia untuk menelusuri ke dalam surah an-Nur?Jom, Bismillah! Perjalanan DHAQ akan diteruskan bulan ini dengan surah an-Nur Ustaz Adi Hidayat menjelaskan dalam permulaan surah an-Nur, Allah langsung memberikan peringatan kepada hamba agar fokus dengan menaruh perhatian yang sempurna agar mendapatkan cahaya atau petunjuk Allah. Keistimewaan surah an-Nur ini bukan sekadar menerangkan ini halal dan haram, tetapi menerangkan dengan sejelas-jelasnya, sejernih-jernihnya sehingga tidak ada celah bagi kita untuk mengelak dari semua. Supaya lebih ingat dan dekat dengan Allah," ujar Ustaz Adi Hidayat. Bagaimana pula sisi pandang surah al-Nur yang Ustaz Syaari akan kupas? Jumpa, 28 September! #ibrah114 #addeenulhaq
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Sudah bersedia untuk menelusuri ke dalam surah an-Nur?Jom, Bismillah! Perjalanan DHAQ akan diteruskan bulan ini dengan surah an-Nur Ustaz Adi Hidayat menjelaskan dalam permulaan surah an-Nur, Allah langsung memberikan peringatan kepada hamba agar fokus dengan menaruh perhatian yang sempurna agar mendapatkan cahaya atau petunjuk Allah. Keistimewaan surah an-Nur ini bukan sekadar menerangkan ini halal dan haram, tetapi menerangkan dengan sejelas-jelasnya, sejernih-jernihnya sehingga tidak ada celah bagi kita untuk mengelak dari semua. Supaya lebih ingat dan dekat dengan Allah," ujar Ustaz Adi Hidayat. Bagaimana pula sisi pandang surah al-Nur yang Ustaz Syaari akan kupas? Jumpa, 28 September! #ibrah114 #addeenulhaq
إظهار الكل...
01:06
Video unavailableShow in Telegram
#ulangkaji Surah Qaf (Siri 6 DHAQ) sebelum kita bersiap-siap menuju surah al-Nur ❤️
Salam Jumaat sahabat ibrah semua!
🤗 #ibrah114 #addeenulhaq
إظهار الكل...
FDownloader_Net_459556966_532869979191386_1003388263255284501_n.mp46.58 MB
3🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
Apa khabar sahabat ibrah👋 Lama kita tak bertegur sapa 🙏🏻 Moga kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Jom, perbanyak istighfar pada hari yang banyak waktu mustajab ini. 🤲🏻 أسْتَغْفِرُ اللهَ الذِي لا إلهَ إلَّا هُوَ الحَيَ القَيومَ وأتُوبُ إلَيْهِ
إظهار الكل...
🤗 7😇 1
Photo unavailableShow in Telegram
Alhamdulillah, mendalami Surah Qaf hari ini bersama Ustaz Syaari dan DMY Hadi. #addeenulhaq #ibrah114
إظهار الكل...
2👌 1
Photo unavailableShow in Telegram
Ada Apa dengan Surah Qaf? Surah yang menegaskan bahawa Allah tidak didekati keletihan, mengantuk atau tidur. Bahkan keletihan, mengantuk dan tidur itu makhluk Allah cipta untuk menguji manusia semasa mereka di dunia. #ibrah114 #addeenulhaq
إظهار الكل...
3
Photo unavailableShow in Telegram
ALLAH SWT menyuruh mereka menggunakan pancaindera mata dan akal untuk melihat bumi yang terhampar luas. Lihatlah berkali-kali bagaimana ALLAH SWT memasakkan gunung-gunung agar kedudukan bumi ini kukuh dan tidak bergoyang. Lihatlah berkali-kali bagaimana ALLAH SWT menumbuhkan pelbagai pohon-pohon, tanaman-tanaman, di atasnya dengan begitu indah sekali yang mana semua itu membawa pengaruh yang besar ke dalam jiwa manusia yang melihatnya. #ibrah114 #addeenulhaq
إظهار الكل...
1🥰 1
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.