cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Ustaz Azhar Idrus

إظهار المزيد
لم يتم تحديد البلدلم يتم تحديد اللغةالفئة غير محددة
مشاركات الإعلانات
10 733
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
لا توجد بيانات30 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Photo unavailableShow in Telegram
Watch "Mengenal Haid & Istihadhah - Ustaz Azhar Idrus" on YouTube https://youtu.be/ma4ZxHwRNtg
إظهار الكل...
- YouTube

Terbukti Yahudi Israel tiada parut vaksin! Mengala orang Yahudi Israel tidak mempunyai parut vaksinasi? Lihat di bahu kiri masing-masing, kebanyakan kita mempunyai parut. Ia adalah parut vaksin BCG (Bacille Calmette-Guérin) untuk mencegah penyakit Tuberculosis. Namun, kebanyakan kita tidak sedar bilakah vaksin tersebut diberikan kerana ia disuntik sewaktu kita baru dilahirkan. Yang kita sedar adalah parut di bahu dan tersebar mengenai orang Yahudi Zionis yang tidak mempunyai parut tersebut. BCG adalah kuman lemah untuk merangsang sistem pertahanan tubuh. Ia merupakan vaksin yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Dianggarkan seramai 3 billion penduduk dunia telah menerima BCG yang termasuk di bawah garis panduan WHO. Kajian menunjukkan keberkesanan BCG bagi mencegah penyakit bawaan kuman mycobacterium seperti Tuberculosis (TB), Leprosi dan penyakit bawaan mycobacterium lain. BCG diberikan sewaktu kecil terutamanya untuk mencegah radang selaput otak (TB meningitis) dan jangkitan TB yang menyeluruh (disseminated TB). Kajian menunjukkan BCG memberikan 80% perlindungan selama 15 tahun selepas suntikan dan perlindungan tersebut akan menurun selepas itu. Namun, kebanyakan negara maju seperti Amerika dan termasuklah Israel tidak memberikan vaksin BCG secara rutin. Ini adalah kerana insiden penyakit Tuberculosis di negara mereka adalah rendah, menghampiri tiada. Jika dibandingkan jadual vaksinasi Malaysia dan Israel, kita akan mendapati sememangnya BCG tidak termasuk di dalam jadual rutin mereka. Di sana, mereka hanya akan memberikan BCG kepada individu yang berisiko tinggi. Sebaliknya di Malaysia, kita masih lagi berhadapan dengan kematian disebabkan oleh penyakit TB yang sebenarnya melebihi kematian disebabkan Denggi. Malah, kadar penyakit TB juga masih lagi tinggi dan sedang meningkat. Sedangkan TB sepatutnya boleh dicegah melalui vaksinasi, penguatkuasaan imigresen, pengesanan awal, saringan individu yang rapat dengan pesakit (contact tracing) serta kepatuhan kepada regim ubat TB. Oleh itu, jika kita mahu cucu cicit dan generasi mendatang membesar tanpa parut di bahu, vaksinlah anak kita hari ini dan ambil langkah yang perlu bagi memerangi penyakit ini. Jom Support Telegram Malaysia https://play.google.com/store/apps/details?id=com.messengergram Note: Uninstall Telegram Asal Dahulu. SEMUA MESEJ, CONTACT DAN GROUP MASIH KEKAL. Punca Artikel: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=924944014269785&id=184934944937366
إظهار الكل...

Jom ramai ramai support Malaysian Telegram App.. Lagi best dari Telegram Asal... Ada Tabs Berasingan Dan Favourites Kena uninstall dulu Telegram Asal.. sebab akaun sama. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.messengergram
إظهار الكل...

ri, riwayat Abdullah bin Amru bin 'Ash RA, berkata ia : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من العباد، ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يبق عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا اخرجه البخاري Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-hambaNya, akan tetapi Ia cabut ilmu dengan dimatikan para ulamak sehingga bila tiada lagi orang alim manusia mengambil para juhala' sebagai pemimpin mereka, mereka ditanya lantas mereka berfatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat dan mereka menyesatkan. Rasulullah SAW sendiri berdoa dan mengajarkannya kepada ummat supaya minta perlindungan Allah daripada kejahilan. رب اغفر لي خطيئتي وجهلي وإسرافي في أمري كله وما أنت أعلم به مني. اللهم اغفر لي خطاياي وعمدي وجهلي وهزلي وكل ذلك عندي. أخرجه البخاري " Wahai tuhanku ampunilah kesilapanku, kejahilanku, keterlaluanku dalam seluruh urusanku dan Engkau lebih mengetahuinya daripada aku. Ya Allah ampunilah aku, kesilapanku, niat tujuanku, kejahilanku, gurau sendaku dan segala yang seperti tiu pada diriku". Juga hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud, daripada Ummu Salamah, bahawa Rasulullah SAW akan membaca setiap kali keluar dari rumahnya... اللهم إني أعوذ بك أن أضل أو أضل أو أزل أو أزل أو أظلم أو أظلم أو أجهل أو يجهل علي أخرجه أبو داود " Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari menyesatkan atau disesatkan; dari menggelincirkan atau digelincirkan; dari menganiaya atau dianiaya; dari membodohi atau aku dibodohi (orang lain)." Kejahilan adalah punca segala keburukan dan kerosakan. Kalau tidak kejahilan manusia tidak menyembah selain daripada Allah Azza wa Jalla. Bahkan segala kerosakan dan kesesatan yang herlaku dalam kehidupan manusia jika ditelti, maka semuanya berpunca daripada kejahilan. Syeikhul Islam Ibnu Taimiah rahimahullahu taala mengatakan: " Kejahilan dan kezaliman adalah punca segala kejahatan sebagaimana firman Allah taala : إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً﴾ الأحزاب: ٧٢ Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat jahil. (72) Al Ahzaab : 72 الجاهل يعرف بست خصال: الغضب من غير شيء، والكلام في غير نفع، والعطية في غير موضعها، وأن لا يعرف صديقه من عدوه، وإفشاء السر، والثقة بكل أحد.“ ( علي ابن أبي طالب ) Orang jahil dikenali dengan enam perkara : 1. Marah tanpa sebab 2. Bercakap tanpa faedah 3. Memberi tidak pada tempatnya 4. Tidak kenal mana kawan mana musuh 5. Menyebarkan rahsia 6. Percaya pada semua orang ( Atsar Saidina Ali RA ) Alangkah lemahnya jiwa bila kejahilan dan kebodohan menguasai hati. wallahul musta'an ABi
إظهار الكل...
Watch "Cara Beli Rumah Tanpa RIBA Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus" on YouTube https://youtu.be/EdKkGW2mMY4
إظهار الكل...

Photo unavailableShow in Telegram
MessengerGram Aplikasi Telegram Premium Dengan Fungsi Tabs Dan Favourites. Telegram melancarkan fungsi CHANNEL dalam aplikasi permesejan pada November 2015, SATU-SATUnya aplikasi yang membenarkan mesej dihantar SERTA MERTA TERUS ke gajet semua SUBSCRIBERS/JOIN pengguna TAMPA HAD. Fenomena menakjubkan yang menyaksikan beribu-ribu channel dari jenis berita, sukan kepada tips diet telah berkembang pesat. Keahlian PUBLIC SUPERGROUP sehingga 5000 pengguna dengan fungsi kawalan group yang lebih canggih juga menambah kepada letusan ini. Dengan wujudnya banyak channel dan supergroup yang di JOIN, pengguna Telegram memerlukan fungsi Tabs dan Favourite yang tidak wujud di Telegram Standard. Mujurlah Telegram berprinsipkan Punca Code Terbuka yang menerbitkan kod aplikasi kepada awam dan membolehkan Telegram versi Premium sentiasa terkini seiring Telegram Standard. Bahkan Telegram Inc. menganjurkan pertandingan Telegram Premium terbaik. Terdapat banyak aplikasi Telegram Premium di Google Playstore seperti MessengerGram, Challegram,Textgram dan lain2 lagi.. Antara yang popular ialah MessengerGram di mana memberikan fungsi Tabs dan Favourite yang dinantikan. Ianya juga mempunyai alert apabila Cache telah melebihi 300MB dan mengesyorkan supaya Cache di kecilkan. Juga beberapa fungsi notifikasi dari group yang mengganggu dimatikan semasa installasi. Walaubagaimanapun pengguna boleh mengubah tetapan ini. Pastikan Telegram Standard di UnInstall terlebih dahulu sebelum memasang Telegram Premium. Download MessengerGram https://play.google.com/store/apps/details?id=com.messengergram Download Challegram https://play.google.com/store/apps/details?id=org.thunderdog.challegram
إظهار الكل...

KENAPA MANUSIA MENJERIT-JERIT MASA MARAH? Seorang Syeikh berjalan dengan para muridnya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak. Syeikh tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya : "Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?". Salah seorang murid menjawab : "Karena kehilangan sabar sebab itulah mereka berteriak." "Tetapi , mengapa harus berteriak kepada orang yang berada di sebelahnya? Bukankah pesan yang ia sampaikan boleh diucapkan dengan perlahan saja?" Tanya Syeikh menguji murid2nya. Muridnya pun saling memberikan jawapan, namun tidak satupun jawapan yang mereka sepakati. Akhirnya Syeikh berkata : "Bila dua orang sedang marah, ketahuilah hati mereka saling berjauhan. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka mesti berteriak agar perkataannya dapat didengar. Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakannya. Karena jarak kedua hati semakin jauh". "Begitu juga sebaliknya, di saat kedua insan saling jatuh cinta?" Tanya Syeikh. "Mereka tidak saling berteriak antara yang satu dengan yang lain. Mereka berbicara lembut karena hati mereka berdekatan. Jarak antara ke 2 hati sangat dekat." "Bila mereka semakin lagi saling mencintai, apa yang terjadi?", Mereka tidak lagi bicara. Mereka Hanya berbisik dan saling mendekat dalam kasih-sayang. Pada Akhirnya , mereka bahkan tidak perlu lagi berbisik. Mereka cukup hanya dengan saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi." Syeikh memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut : "Jika terjadi pertengkaran di antara kalian, jangan biarkan hati kalian berjauhan. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati kian menjauh. Karena jika kita biarkan, satu hari jaraknya tidak akan lagi boleh ditempuh"!!! Join telegram channel tlgrm.me/ustazazharidrus
إظهار الكل...

Photo unavailableShow in Telegram
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.