Lima Aksara
Lima aksara; tinta-tinta terhala makna. Sebagai medan semadi rasa karya aksara jiwa. Nukilan, AnggunDelaila. 19 ᴊᴜɴ 2019 | Sabah. T.me/LimaAksara Instagram.com/limaaksara_
إظهار المزيد1 237
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
لا توجد بيانات30 أيام
- المشتركون
- التغطية البريدية
- ER - نسبة المشاركة
جاري تحميل البيانات...
معدل نمو المشترك
جاري تحميل البيانات...
Selamat hari raya aidilfitri daripada kami keluarga @limaaksara
Huluran maaf daripada pihak kami andai ada tersilap patah, ataupun menyinggung mana-mana jiwa pembaca. Bulan mulia; kami seikhlas hati memohon ampun zahir dan batin ;))
T.me/limaaksara
💘 8
Kadangkala, ada rindu yang perlu dilawan. Agar jiwa tidak kembali mengulang. Kerana juga aku lelah, berperang dengan perasaan.
- malam.
T.me/limaaksara
🥰 8❤ 1
Tulislah, tulislah dengan segala alatan pujangga supaya dari peristiwanya akan tumbuh kebesaran dan dari sejarah akan tumbuh pohon kebenaran.
- Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh.
Selamat menyambut hari Puisi sedunia.
T.me/Limaaksara
👍 7❤ 3🏆 1
Kawah rindu masih hangat walaupun sunyi
Seperti mentari yang datang di waktu pagi
Meskipun rindu sudah tidak dipeduli
Tetap saja ada cinta hingga ke mati
Menunggu khabar tak datang lagi
Senja yang indah kembali berdarah dalam puisi
Mimpi-mimpi membawa ku merasai
Dinginnya gunung tanpanya salji
Segala resah semakin menjadi
Dijamu pula dengan kiasan hati
Tidak mengapa wahai bidadari
Ku tahu kamu masih ada di sini.
-senjamu
1501 | telegram coffee, Perth
❤ 13👍 1🎃 1
Apa benar langgam bahasa berubah saat ketenangan jiwa direnggas pantas?
Atau laras bahasa melangkaui garis akhir kasta lama kerana itu?
Apa mungkin kita menulis kerana tiada lagi cara suara bisa menyampaikan?
Atau aksara biasa sedia menari dengan maknawi terus ke hati selama ini?
Apa soalan yang ditanyakan untuk menagih jawapan?
Atau saban ternanti jawapan berbeza dengan berlapik andai?
Bergunung takkan habis, semua harus aku pelajari. Andai bisa aku menyeri dunia dengan jawapan, tetap bukan aku dalam objektif.
Mengerti, andang-andang tidak dipandang-pandang.
Nukilan, Malam.
01012024 | Rumah
t.me/limaaksara
👏 6
Kenapa ego untuk mengakui hati yang masih saling mencintai? Kenapa berterusan melukai sedangkan bahagia boleh dimiliki?
Dulu mungkin aku tak memahami. Tapi kerna kehilangan peluang tersebut barulah aku mengerti. Yang erti mencintai itu bukan enteng semata.
- maples
t.me/limaaksara
👍 3❤ 2
Andainya masih ada cinta; aku sanggup melutut merayu demi sebuah kemaafan, mengharapkan peluang kedua.
- Bintang Malam
T.me/Limaaksara
❤ 4
اختر خطة مختلفة
تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.