cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Hanis Athirah Rusli

Channel Perkongsiaan Aktiviti, Bahan, dan semuanya yang berkaitan dengan Homeschool, Parenting and Early Child Education 🌈

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
12 094
المشتركون
-624 ساعات
-267 أيام
-5530 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Buli tak pernah cool. Jadi, ajar mereka untuk berkata "tidak" kepada buli dan jangan jadi penindas. Anak-anak perlu diajar bahawa kekuatan dalaman dan integriti adalah lebih penting daripada menunjukkan kekuatan fizikal. Menjadi individu yang memahami dan menghormati perasaan orang lain adalah tanda lelaki sejati. Mengajar anak-anak lelaki tentang nilai-nilai ini bukan sahaja membantu mereka menjadi individu yang lebih baik, tetapi juga membantu membina masyarakat yang lebih harmoni dan penuh kasih sayang. Jadi, mari kita bersama-sama mendidik anak-anak kita untuk memahami makna sebenar kekuatan dan keberanian. Say NO to bullying 😡!
إظهار الكل...
21👍 13
Photo unavailableShow in Telegram
Didik anak lelaki bahawa kekuatan bukan terletak pada kemampuan fizikal, tapi pada kebijaksanaan kawal emosi dan ada empati terhadap penderitaan orang lain. Biar mereka tahu, jadi lelaki sejati bukan bermakna kuat berkelahi, tapi kuat menahan marah dan memahami orang sekeliling. Lelaki yang menang membuli bukan tanda dia hebat, tapi sebaliknya menunjukkan kelemahan dalam dirinya. Kebijaksanaan dalam mengawal emosi, memahami perasaan orang lain dan menunjukkan empati adalah tanda kekuatan sebenar.
إظهار الكل...
👍 13
Homeschoolers boleh daftar anak-anak untuk exam di pusat-pusat pendidikan yang tawarkan exam formal seperti SPM atau IGCSE. Ini sesuai untuk mereka yang nak anak ikut sistem pendidikan formal. Ini membolehkan anak-anak homeschool mendapat sijil yang diiktiraf dan setaraf dengan pelajar sekolah formal. Exam pusat ni penting untuk anak-anak yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau ingin menyertai institusi pendidikan formal. Dengan cara ni, anak-anak homeschool tetap boleh bersaing dan mendapat pengiktirafan yang sama seperti pelajar sekolah biasa.
إظهار الكل...
👍 18
Photo unavailableShow in Telegram
Anak remaja ni sedang melalui fasa penting dalam hidup mereka, jadi kita perlu sesuaikan pendekatan kita https://www.instagram.com/reel/C86e5_qRguj/?igsh=MmE5aGI3Y2Q5MXEz
إظهار الكل...
3👍 2👌 1
Suku Kata Terbuka ( Open Syllable ) -Bunyi vokal adalah panjang. -Tiada konsonan selepas vokal. Contoh: no, go, hi, me, bi. Suku Kata Tertutup ( Closed Syllable ) Bunyi vokal adalah pendek. Terdapat satu atau lebih konsonan selepas vokal. Contoh: cat, hat, pen, farm. Okay, saya share bahan pembelajaran anak hari ni. Boleh download ya
إظهار الكل...
Open_or_Closed_Syllables_Phonics_Flashcards_in_Colorful_Simple_Style.pdf0.78 KB
8
Photo unavailableShow in Telegram
Saya pilih untuk jujur bila orang tanya sekolah mana anak. Malah, anak-anak saya juga teruja jawab soalan tu tu dan dengan yakin akan sebut homeschooling. Normal pada awalnya memang susah nak dapatkan penerimaan semua orang dalam cabang alternatif yang berbeza ni. Bukan apa, kadang-kadang orang tak faham. Bila mereka kritik, boleh cerita kebaikan homeschooling  dan bagaimana ia boleh beri manfaat pada cucu-cucunya. InsyaAllah yang penting jangan give up ya💪🏻❤️
إظهار الكل...
12👍 7
Okay jom semua jemput join, kita akan dedahkan pelbagai features menarik dalam apps ni 😊
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Salam semua, Malam ni insyaAllah kita akan ada satu sesi live khas mengenai *Ciri Khas Aplikasi Bantu Anak Belajar* pada ketetapan berikut: 📆Tarikh: *08/06/2024 (Sabtu)* ⏰Masa: *8.45 malam* 💻Platform: Google Meet https://meet.google.com/rki-iwww-odr Jemput sertai kejap lagi ya😊
إظهار الكل...
👍 1😍 1
Teringat saya mula berkhidmat jadi guru semasa tahun 2014. Serius masa tu tak pernah terdetik pun saya teringin nak tarik gear awal. Saya memang suka mengajar. Saya suka dikelilingi kanak². Saya suka mewarnai dunia anak² murid dengan didikan yang diberi. Saya suka bila ilmu sebesar zahrah yang saya ada dapat anak² murid aplikasikan dalam kehidupan mereka sehingga akhir hayat. Saya suka bila tahu ada anak murid yang selalu sebut nama saya dalam doanya. Tapi dalam dunia ni, tak semua yang kita suka akan kekal jadi milik kita. Atas sebab tertentu, saya tinggalkan profesion perguruan dan sekarang inilah kerjaya baharu saya. Seorang suri rumah yang mendidik anak² sepenuh masa. Saya tekad pilih jalan lain yang lebih chill dan sesuai dengan passion saya. Walaupun jalannya sangat berliku. Walaupun jalannya taklah semua indah seperti yang nampak di 'muka buku'. Tapi takpe, Inilah kesinambungan jiwa pendidik yang masih sebati dalam diri. Saya harap, saya tetap seorang guru walaupun kini bilangan anak murid yang tak ramai. Setakat ni dua saja. Kedua² 'murid' ni pun bekas penghuni rahim saya dulu. Dan kini, saya pilih untuk dedikasikan sepenuh masa dengan mendidik mereka. Selamat tinggal profesion perguruan yang sangat bermakna dan mulia. Walau apa pun, Saya coretkan selamat hari guru kepada semua rakan pendidik, guru² yang mendidik saya dan anak² tanpa jemu dan penat lelah. Teruskan berjuang berikan kebaikan dan ilmu dalam berdakwah. Inilah asbab pahala kemudian hari.
إظهار الكل...
38👍 11
*10 SUNNAH MALAM RAYA DAN 1 SYAWAL* ✨🕋🕌🌙 (_Sumber : Live Ustaz Wadi Annuar)_ 1. Hidupkan malam raya dgn ibadah. (selawat baca quran , dengar ceramah) 2. ⁠Mandi Sunat Raya (Boleh start 12pagi , tp lebih afdhal nak dekat solat raya) 3. ⁠Mengemas diri (potong kuku/ cukur bulu) 4. ⁠Bertakbir ( Takbir yang dibenci Syaitan ialah takbir raya) 5. ⁠Memakai wangi wangian ( Niat untuk mengikut sunnah) 6. ⁠Menjamah sesuatu sebelum solat raya ( Afdhal ialah menjamah kurma) 7. ⁠Pergi solat raya awal (Afdhal berjalan kaki jika tiada halangan) 8. ⁠Pergi dan balik dari masjid mengikut jalan yang berbeza 9. ⁠Mengucapkan selamat hari raya (afdhal ialah ucapan Takaballah huminna waminkum) 10. ⁠Menziarah antara satu sama yang lain
إظهار الكل...
10👍 4
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.