cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Alternative Healing ❤️

✅ Kesembuhan secara alternatif tanpa generic drugs . ✅ Petua dan tips kesihatan mudah .

إظهار المزيد
ماليزيا22 903لم يتم تحديد اللغةنمط حياة صحي5 119
مشاركات الإعلانات
3 136
المشتركون
+124 ساعات
+17 أيام
-730 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Photo unavailableShow in Telegram
Marhaban Ya Syahrul Anwar. Bulan Maulid, bulan kelahiran Baginda Rasulullah SAWAW. Menurut sebahagian riwayat, Baginda Rasulullah SAWAW lahir tanggal 12 Rabiul Awwal tahun gajah. Manakala menurut sebahagian riwayat Baginda SAWAW wafat juga pada 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah. Walaubagaimanapun, sebahagian riwayat lain menyatakan Baginda Rasulullah SAWAW lahir tanggal 17 Rabiul Awwal tahun gajah dan wafatnya Rasulullah SAWAW adalah pada 28 Safar tahun 11 Hijrah, bukan pada bulan Rabiul Awwal. Begitu lah sebenarnya riwayat pada menyatakan hari kelahiran Dan kewafatan Al-Musthofa Baginda Rasulullah SAWAW. Maka selayaknya bulan Rabiul Awwal digelar dengan Rabiul Anwar, bulan penuh cahaya kerana lahirnya seorang insan paling mulia yang telah membawa cahaya ke seluruh Alam. Perbanyakkanlah solawat ke atas Baginda pada bulan yang penuh cahaya ini. Semoga hati kita juga terang bersinar lantaran banyaknya solawat kita... اللهم صل على محمد وآل محمد Salam Rabiul Anwar buat semua. Sekian. -Admin
إظهار الكل...
👍 5🥰 5
Photo unavailableShow in Telegram
Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-67. Merdekakan jiwamu daripada segala perhambaan moden dan penjajahan alaf baharu neo-colonialisme. Penjajahan yang tidak terlihat merbahaya kerana tiada keterlibatan senjata, namun bahayanya jauh lebih besar daripada penjajahan bersenjata. Penjajahan moden itu melibatkan penaklukan budaya hedonisme, liberalisme, gaya hidup dan pemakanan melalui kaedah moden, pengambilan dadah berjadual, racun berjadual serta kaedah pemakanan yang mengikut budaya barat dan luar. Tak lupa juga neo-colonialism berbentuk kewangan yakni sistem perhambaan melalui hutang riba berpanjangan sehingga mati seperti hire purchase, housing loan dll. Kembalilah kita semua kepada kehidupan manusiawi yang benar pada fitrahnya tanpa menjadi budak kepada sesiapapun. Selagi diri tidak bebas daripada perhambaan moden ini, maka jiwa kita belum benar-benar merdeka. Hanya kemerdekaan pada kertas perjanjian sahaja yang kita kecapi... Hidupkanlah semula jiwa merdekamu! Merdeka! Sekian. -Admin
إظهار الكل...
15👍 1
Tips kesihatan bulan Ogos. Jemput ulangkaji disini: https://t.me/alternativehealing/36
إظهار الكل...
Alternative Healing ❤️

Tips kesihatan untuk bulan Ogos 1. Bulan Ogos mempunyai 31 hari. Menurut kitab karya Imam Ali Ridho, bulan Ogos merupakan bulan bermulanya perubahan cuaca menjadi lebih aktif dan lebih agresif. 2 Angin daripada arah Utara mula bertiup. Menandakan permulaan kepada monsoon timur di negara kita. 3. Udara pada bulan ini akan menjadi lebih lembab. Angin malamnya mudah menyebabkan demam dan selesema. 4. Disarankan agar mengambil sedikit 'curd' (spt; dadih, taufufa, greek yogurt dll) selang beberapa hari di dalam bulan ini. 5. Elakkan daripada memakan julap (pelawas, spt; laxatives, senna dll) pada bulan ini kerana risiko mudah terkena cirit-birit. 6. Elakkan aktiviti fizikal yang berpanjangan seperti eksersais yang lama melebihi 1-2 jam. 7. Pada bulan ini digalakkan bagi anda memakai wangian berunsur air dan angin dengan aroma bauan yang sejuk dan menenangkan. Itu sahaja serba sedikit yang dapat kami kongsikan buat anda sebagai tips kesihatan untuk bulan ini. Panduan ini diolah berdasarkan salinan Risalah…

👍 11
Photo unavailableShow in Telegram
Selamat Tahun Baharu Hijrah kepada seluruh pembaca channel ini. Kami doakan agar para pembaca yang budiman, diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta dijauhkan daripada sebarang fitnah akhir zaman dan dapat bebas daripada segala jenis penggunaan dadah berjadual. Semoga tahun baru 1446H ini menjadi pemangkin perubahan besar dalam kehidupan anda semua untuk kembali mengamalkan gaya hidup sihat, beramal dengan Sunnah Baginda Rasulullah SAWAW dan meninggalkan gaya hidup tidak sihat seperti penggunaan dadah berjadual, pengambilan makanan berproses dan tinggi gula dan gluten. Salam Maal Hijrah 1446H dan Selamat Tahun Baru buat semua...! Sekian dan terima kasih. -Admin 1 Muharram 1446H
إظهار الكل...
9🥰 2
Semalam, kobis19 telah diumumkan di negara kita sebagai wabak biasa. Sekiranya ada orang terkena jangkitan kobis19 maka orang tersebut akan ditangani seperti pesakit saluran pernafasan biasa ie seperti demam biasa atau sesak nafas biasa. Setelah 4 tahun berlalu, setelah berdas-das badsinasi diberikan. Ini petanda jelas bahawa sebenarnya naratif kobis19 yang dijual selama ini adalah palsu. Kobis19 sebenarnya TIDAK PERNAH WUJUD pun secara nyata, yang ada hanyalah permainan minda dan pembentukan naratif masyarakat sahaja yang kita kenali sebagai "mass manipulation v1.0". Kita boleh percaya wujudnya kobis19 kerana ia sentiasa diulang-ulang di kaca televisyen dan media sosial yang kita baca dan lihat setiap hari. Kita juga percaya badsinasi boleh mencegah jangkitan dan menyelamatkan daripada simptom berat kerana kita membaca dan melihatnya setiap hari. Hakikatnya...? Apakah benar sebegitu atau sebaliknya...? Ayuh sama-sama berfikir...
If you repeat a lie often enough, people will believe it, and you will even come to believe it yourself.
Baca sambungan artikel ini selanjutnya disini; https://t.me/muhammadmamzah/412
إظهار الكل...
👍 2
Tips kesihatan untuk bulan Julai 1. Bulan Julai mempunyai 31 hari. Menurut kitab karya Imam Ali Ridho, bulan Julai merupakan bulan yang panas sama seperti bulan sebelumnya, Jun. 2. Dinasihatkan pada bulan ini agar berhati-hati ketika beriadah atau melakukan exercise. Sebaiknya bersukan selepas waktu makan tengah hari, seperti waktu petang. 3. Sentiasa kawal bendalir tubuh dengan mengelakkan dehidrasi. Tingkatkan hidrasi tubuh dengan mengambil air putih dalam jumlah secukupnya untuk keperluan tubuh badan anda. 4. Campurkan sedikit garam bukit asli ke dalam secawan air sebelum anda minum pada waktu pagi untuk mengekalkan hidrasi sepanjang hari dan mencukupkan elektrolit tubuh. 5. Digalakkan meminum air yang sejuk pada waktu pagi (bukan ais) sebelum sarapan. Minum satu atau dua cawan air sejuk sebelum makan sarapan. 6. Makanlah makanan yang segar dan mudah untuk dihadam pada bulan ini. Elakkan makanan yang sukar dihadam. 7. Tingkatkan pengambilan fiber seperti sayuran hijau, buah-buahan yang rangup dan makanan lain yang tinggi serat. 8. Pada bulan ini digalakkan menggunakan wangian berunsur bunga dengan bauan yang lembut dan mengasyikkan. Elakkan bauan yang keras, kuat seperti aroma kayu, gaharu, ambar dan sebagainya. Itu sahaja sedikit sebanyak yang dapat kami kongsikan buat anda semua sebagai tips kesihatan bulan ini. Panduan ini diolah berdasarkan salinan Risalah Emas karangan Al-Imam Ali ibn Musa Ar-Ridho. Jagalah kesihatan anda terutama waktu cuaca tidak menentu seperti sekarang. Terlalu banyak penyakit bertebaran diluar sana akibat punca cocokan ujikaji yang mengakibatkan ramai sedang merana ketika ini. Jika anda masih sihat-sihat walaupun sudah berdas-das anda cocok ke badan anda, maka syukurilah sebanyaknya nikmat sihat yang ALLAH Taala kurniakan pada anda. Kerana dikala ini sangat ramai yang sudah kecundang... Jagalah kesihatan anda kerana tubuh badan yang sihat adalah satu amanah daripada ALLAH Taala. Kami doakan agar para pembaca disini senantiasa sihat selalu... Sekian. -Admin Ulang siar artikel tahun 2023.
إظهار الكل...
20👍 8
Photo unavailableShow in Telegram
Di pagi yang indah, Burung-burung berkicauan; Takbir raya bergema meriah, Hadir kita menunaikan korban. Selamat Hari Raya AidilAdha dan Selamat Berkorban diucapkan buat seluruh pembaca channel ini. Semoga ibadah korban kami dan anda semua diterima oleh ALLAH Taala. Teruskan ibadah ini walau tidak disukai oleh kaum kafir, walau tidak disukai kaum munafik, walau tidak disukai kaum musyrik. ALLAH Hu Akbar ALLAH Hu Akbar ALLAH Hu Akbar WaLiLLAHil Hamd. Selamat Hari Raya! -Admin
إظهار الكل...
10👍 2🔥 1
Tips Kesihatan Untuk Bulan Mei 1. Bulan Mei mempunyai 31 hari. Pada bulan ini berakhirnya musim bunga dan udara menjadi terang serta angin bertiup jelas. 2. Menurut Risalah karya Imam Ali Ridho, seseorang itu digalakkan mandi di awal hari sebaik ia bangun dari tidur. Mandi dengan air sejuk dan mulakan siraman dari kaki naik ke badan kemudian ke kepala. 3. Seseorang itu tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti sukan pada sebelah pagi sebelum waktu makan tengah hari. Aktiviti sukan digalakkan sebelah petang hari untuk bulan ini. Boleh bersenam selepas waktu zohor hingga lewat petang. 4. Pada bulan ini tidak digalakkan untuk memakan makanan yang terlalu masin, daging merah serta yogurt. Elakkan jenis makanan seperti ini bagi mengekalkan keseimbangan tubuh dalam menghadapi cuaca panas. 5. Kekal terhidrat dengan meminum air suhu normal secukupnya setiap hari. Campurkan sedikit garam bukit ke dalam air anda untuk mengekalkan hidrat anda. Beli garam bukit kami yang asli daripada pergunungan Himalaya: https://s.shopee.com.my/9A2N2TWE1x 6. Perubahan cuaca agak drastik pada bulan ini dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit tersebar. Elakkan dari berada di tempat yang ramai orang dan elakkan terkena perubahan cuaca drastik, seperti berada di tengah panas terik kemudian terus masuk ke dalam bilik bersuhu hawa dingin atau minum air sejuk ketika berada di tengah terik panas. 7. Pada bulan ini, elakkan wangian yang keras dan utamakan wangian yang berunsur bunga-bungaan seperti bau lavender, daisy, lily, harum malam dan sebagainya. ... Itulah serba sedikit perkongsian yang boleh dikongsikan untuk tips kesihatan bulan Mei. Tips kesihatan ini diolah berdasarkan Kitab Risalah Emas karya Al-Imam Ali Ar-Ridho yang merupakan Imam Besar dari kalangan Ahlul Bait Nubuwwah. Semoga bermanfaat dan dapat disebarkan kepada semua orang, InsyaAllah. اللهم صل على محمد وآل محمد Sekian. -Admin 2 Mei 2024
إظهار الكل...
👍 13 12
Alhamdulillah, kami panjatkan kesyukuran ke Hadrat Ilahi atas limpah KurniaNYA selesai Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Alternative Healing tahun ini. Jutaan terima kasih atas semua hadirin yang berpusu-pusu datang sejak pagi lagi. Ampun dan maaf daripada pihak kami andai ada kekurangan sepanjang majlis berjalan. Yang mana yang tak sempat kami layan atau tak sempat bertegur sapa, mohon maaf banyak-banyak. Yang tengah borak terpotong cakap, kami mohon maaf. Yang mana sampai lewat dan tak sempat merasa lauk pauk, kami mohon maaf atas kekuranganya. Jutaan Terima Kasih tak terhingga kepada semua yang telah sudi hadir dan singgah ke majlis kami. Alhamdulillah tahun ini sangat meriah dan jemputan berganda dari tahun lepas. Alhamdulillah, syukur banyak-banyak kerana ini first time kami buat open house 100% menu sihat yang kami hidangkan (kecuali mknn org hntr mcm karipap dan kek lapis). Kesemua menu adalah adjustment kami sendiri dengan tukang masak. Menu Kambing Taliban juga mendapat sambutan hangat. InsyaAllah ada rezeki umur panjang, Raya tahun depan kita buat lagi. Kami dah plan jika tiada aral melintang, tahun depan kita buat menu berasaskan saffron pula. Apapun terima kasih kepada semua. InsyaAllah pusat terapi kembali beroperasi hujung minggu ini. Siapa nak datang buat rawatan boleh roger di wasap ya. Sekian terima kasih. Nota: Air Khal Sakan Jabin 6x kami refill.... Ramai yang tak tahu kami hidang Sakan Jabin rupanya. Mereka ingat itu air asam jawa 😂 -Admin
إظهار الكل...
12👍 4🤯 1
10👍 1
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.