cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

KAUNSELOR 💓HATI💓 ANDA OFFICIAL (KUASAI HUBUNGAN RUMAHTANGGA)

Berkongsi ilmu Perkahwinan, Kekeluargaan, komunikasi, Psikologi Kaunseling untuk BAHAGIA DIRI & INSAN TERSAYANG. Motto saya “ Semua Orang Berhak Bahagia.”

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
1 558
المشتركون
+124 ساعات
+157 أيام
+7230 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Saya forward info ini kerana benar ada isteri narsistik yang play victim situasi. Wataknya seperti mangsa keadaan tetapi dia lah watak pemangsa yang memberi tekanan dalam rumah tangga. Isteri sinonim dengan watak lemah, sopan -santun dan lemah-lembut. Tetapi siapa tahu watak sebenar isteri di dalam rumah tangga? Saya setuju banyak kes saya kendalikan, ramai suami zalim dan membuat kekejaman dalam rumah tangga. Ya betul ramai juga suami yang bercirikan narsistik. Tetapi anda kena tahu saya juga kendalikan kes isteri narsistik dan curang. Ada yang membuli suami fizikal dan mental kerana suami bergantung hidup dengan isteri yang berharta. Bukan suami takut untuk berlawan secara fizikal, tetapi ketakutan jika hidup melarat tanpa bantuan isteri. Isu rumah tangga jika nak didebat bukan soal siapa banyak, siapa ramai? Tetapi hakikat, jika salah itu salah. Salah bukan dari segi logik akal dan emosi. Dari sudut ilmu psikologi dan agama juga, perbuatan narsistik dan nusyuz ini salah dan berdosa. Ini bukan peperangan jantina. Ia realiti kehidupan kini. Rumah tangga semakin parah tanpa ilmu, iman dan amalan. Jangan lihat sisi lemah si isteri, tetapi ada isteri yang sukar dibimbing dan tak suka dikawal. Bila berdebat pasti menang, hingga suami tidak mampu lagi bimbing dan menasihat. Mohon baca artikel ini hingga akhir. Bukan hanya suami sahaja bersalah dalam rumah tangga. Isteri juga individu penting dalam rumah tangga. Suami bertindak sebagai raja, isteri pula permaisuri. Tidak boleh ada 2 raja dalam satu negara. Jika raja tidak betul memerintah, permaisuri tegur dengan baik. Bukan isteri gulingkan kerajaan dan menjadi raja. Sebagai kaunselor saya melihat peranan kedua suami isteri. Sebab itu penting untuk keduanya hadir ke sesi kaunseling. Saya tidak buat kesimpulan tentang perkahwinan selebriti ini. Saya tidak menyatakan si isteri narsis. Kita tidak tahu apa hal sebenar kisah mereka bercerai. Penulisan ini untuk menyedarkan netizen jangan terlalu obses tentang isu jantina. Jangan juga buat fitnah siapa narsis dan siapa curang. Kita doakan mereka sedar dan bahagia kembali. Pengalaman saya kendalikan isu perkahwinan, selagi masih bernyawa, kisah mereka belum berakhir. Ramai pasangan rujuk kembali setelah keduanya sedar dan terikat oleh anak-anak yang memerlukan kasih ibu bapa mereka. Ramai juga yang berkahwin baharu kemudian bercerai, kembali semula dengan perkahwinan lama oleh lekatan memori dan cinta yang lebih agung. Penulisan saya berdasarkan artikel ini 👇 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02SwaTzgxb29YJpXEFQ7eACgXFQzf5rVm6asQhy75hmW6Na4iJDodVKt4HeWw3kDcSl&id=100069038859857&mibextid=adzO7l
إظهار الكل...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

07:00
Video unavailableShow in Telegram
21.48 MB
😱 2
"Kisah Benar Menyayat Hati : Suami Bunuh Isteri Disebabkan Isteri Pukul Anak-Anak Hingga Mati" Salam bahagia. Banyak kisah rumah tangga yang meruntun jiwa. Rumah tangga adalah usaha sama di antara dua manusia yang berkasih sayang untuk hidup bersama. Perkahwinan jika tidak disulami ilmu, iman dan akhlak, bila badai melanda, manusia akan terdorong menurut hawa nafsu mempengaruhi emosi melampau. Sesiapa sahaja boleh melakukan perkara ini jika tekanan melampau hingga fikiran tidak lagi berfungsi secara normal. Saya fikir kemungkinan isteri yang memukul dua anaknya dengan besi buaian, akibat pergaduhan kedua adik-beradik ini terkena adik mereka yang dalam buaian, hingga tercampak. "Grave And Sudden Provocation" adalah bangkitan marah yang besar dan mengejut ini boleh berlaku kepada kedua suami isteri ini jika sesuatu peristiwa itu berlaku tanpa disangka dan terkejut. Apabila berlaku situasi ini, manusia secara normalnya akan bertindak sama ada tiga perkara iaitu fight, flight atau freeze. Fight adalah perbuatan bertindak secara agresif melawan bagi menyelamat atau mengalahkan. Flight pula bertindak lari dari peristiwa yang menakutkan ini, manakala freeze akan buat manusia kaku dan trauma melihat lemah situasi tersebut. Isteri yang melihat anak kecilnya jatuh dari buaian, menjadi sangat marah kepada dua anaknya hingga bertindak memukul keduanya dengan besi buaian sampai parah. Anak sulong ada menjerit memanggil ayah mereka, tetapi ayah mereka tidak mempedulikan perkara tersebut, kerana memikirkan ia adalah rutin isteri yang garang di rumah. Selang beberapa minit, si ayah menyedari bahawa kedua anaknya tidak naik ke atas untuk menyalin pakaian, setelah mandi di tingkat bawah. Si ayah turun mencari anak-anaknya di tingkat bawah. "Allahu..." Suami terkejut melihat ketiga-tiga anaknya berlumuran darah, dan bertanya isterinya yang sedang terdiam. Jawapan dari isterinya itu membuatkan suami terjadinya "Grave And Sudden Provocation" hingga memukul isterinya hingga mati. Mohon tonton video ini hingga akhir untuk mendapat ikhtibar bahawa kesan konflik dan tekanan rumah tangga yang diselesaikan dengan baik, mungkin begitu lama hingga terjadi pendaman melampau membolehkan manusia bertindak di luar kawalan. Pandangan saya kemungkinan kemarahan ibu kepada anak-anak yang masih naif, ada pengaruh memindahkan atau melepaskan kemarahan kepada suami, kepada subjek yang lebih lemah. Pakar Kesihatan Mental seperti Psikiatri menamakan keadaan ini sebagai "Emotional Shock" di mana kesan kepada keadaan ini akan terjadi dalam banyak keadaan, antaranya fikiran jadi keliru dan tak waras, bertindak di luar kawalan tanpa berfikir, dan trauma ketakutan hingga kaku dan lemah. Pengajaran dari kisah ini, para suami jangan tinggalkan isteri bila ada konflik dengan bertindak keluar rumah, tidak balik berhari-hari, block panggilan dan mesej. Perbuatan ini memungkinkan isteri yang tak dapat kawal emosi bertindak melepaskan kemarahan kepada anak-anak yang tak berdosa. Suami walau apapun kesalahan isteri, bertindaklah sebagai pembimbing dan pelindung keluarga kerana isteri adalah i san yang lemah dan insan yang penuh emosi. Sekiranya isteri didapati tidak dapat lagi dibimbing hingga nusyuz, maka bertindaklah dengan baik dan berbincanglah dengan ahli keluarga, agar anak-anak tidak jadi mangsa konflik dan perceraian ibu bapa. "Emotional shock" boleh dibantu dengan terapi kaunseling dan rawatan psikiatri. Jangan takut untuk dirawat, dari anda jadi pembunuh kepada diri atau orang lain. Penulisan saya ini adalah berdasarkan fahaman saya di dalam penceritaan video peguam ini. Manakala huraian ilmu adalah dari pengalaman saya yang masih cetek.
إظهار الكل...
01:46
Video unavailableShow in Telegram
2.45 MB
👍 3
"Tiga Pesanan Ulamak JANGAN BERITAHU/ TAYANG KAT ORANG LAIN!" Salam Maulidur Rasul. Jika anda perasan saya jarang buat perkara ini. Risau penyakit ain atau irihati dari manusia. Perkara baik dan membahagiakan diri kita, belum tentu diterima baik oleh mereka yang melihat. Memang betul, tak suka swipe up, tak suka jangan like, tak suka boleh scroll laju-laju.. Tapi... Media sosial bukan diari peribadi... Diari tulis la kat diari digital seperti blog peribadi atau group peribadi keluarga seperti whatsapp group famili atau Telegram famili. Bila posting di media sosial, anda bertujuan untuk dilihat, dikomen dan dikongsi. Sebab itu jika ada masalah, jangan meroyan di platform ini, ramai boleh hidu perasaan anda berdasarkan content anda. Saya memilih content ilmu dan nasihat, bukan sebab saya hebat sangat. Saya nak ambil ilmu ini untuk diri saya, mudah-mudahan ada ilmu akhirat jika anda panjangkan atau amalkan. Maafkan diri ini. Jom selawat banyak-banyak.
إظهار الكل...
👍 3👏 1
"Benarkah Teori Berkenaan Usia 7 Tahun Perkahwinan Bermula Tanda Keretakan Dan Ada Episod Kecurangan?" Salam Hari Malaysia. Nantikan artikel saya, pada hari Jumaat ini di Harian Metro. Saya ulas secara terperinci benar atau mitos teori ini. Sebelum itu, cuba semak berapa lama tempoh perkahwinan anda sekarang?
إظهار الكل...
06:32
Video unavailableShow in Telegram
21.34 MB
👍 2
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.