cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Sahabat Perjuangan PPIM

Penubuhan group ini bertujuan untuk bersatu membina kekuatan para pengguna Islam dalam bersama berjuang serta menyampaikan informasi, tips, perkongsian bagi membantu dan mendidik seramai mungkin pengguna di Malaysia.

Show more
Advertising posts
33 155
Subscribers
-1724 hours
-957 days
-22430 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Photo unavailableShow in Telegram
Pelaburan janji macam-macam kata ianya halal patuh syariah dan bukannya scam. Kata ramai dah berjaya dapat pulangan hasil pelaburan 3 jam sahaja. Bila kita ajak video call, macam-macam alasan yang diberikan. Sebab biasanya scammer ini gunakan gambar palsu, mereka memang tidak akan menunjukkan wajah sebenar mereka. Kalau pelaburan yang betul, pasti mereka berani untuk tunjuk muka melalui video call agar orang lebih yakin.
Show all...
👍 35🔥 3
Photo unavailableShow in Telegram
Mesti geramkan kalau di Telegram asyik kena invite masuk ke dalam group pelaburan scam. Tak tahu macam mana tiba-tiba je dah masuk ke dalam group scammer ini. Ini sebab scammer ada memiliki nombor telefon anda lalu memasukkan anda ke dalam group scam itu. Cara nak elak asyik kena invite masuk group scam ini adalah dengan tukar setting kepada orang yang dalam senarai contact anda sahaja yang boleh invite masuk anda ke dalam group.
Show all...
👍 33😱 5 3
Photo unavailableShow in Telegram
Ramai yang risau wang kertas yang telah rosak ini kemungkinan tidak laku untuk diguna pakai dalam urusan jual beli. Malah, tidak dinafikan banyak kedai yang akan mengelak daripada menerima wang yang rosak. Bukan kedai sahaja yang tidak mahukan duit rosak, tetapi mesin automatik ATM juga tidak menerima wang kertas yang 'cacat' ini. Apabila duit yang dimiliki sudah menjadi rosak, ramai yang memilih untuk membuangnya tanpa mengetahui bahawa duit itu masih boleh ditukarkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM). BNM sememangnya mempunyai dasar yang membolehkan kita menukar wang kertas dan syiling yang dianggap "tidak sesuai untuk edaran".
Show all...
👍 17 8😁 1
Photo unavailableShow in Telegram
Tahu tak setiap warna penutup botol air sebenarnya ada makna tertentu? Di Malaysia melabelkan botol air ini dengan tiga warna. Hijau - air mineral semulajadi yang diambil di bawah tanah yang kaya dengan mineral. Biru - air yang diambil di bawah tanah lalu yang kemudiannya diproses sebelul dibotolkan. Putih - air paip yang ditadah kemudiannya dilakukan penyulingan. Ini adalah untuk jenama air mineral / air minuman di Malaysia. Untuk air dari luar negara seperti Evian tidak mengikut pelabelan seperti ini.
Show all...
👍 39🤣 2
Photo unavailableShow in Telegram
Jualan kereta elektrik atau EV di Malaysia masih lagi baru berkembang. Berdasarkan data daripada JPJ menyatakan sebanyak 19,826 unit EV telah terjual dalam tempoh lima tahun sehingga tarikh 24 April 2024. Jenama seperti BYD, Tesla dan BMW dilihat menjuarai carta kereta EV paling laris di Malaysia. Pihak Perodua dan Proton pun sudah mula merancang penjualan kereta elektrik mereka yang pertama. Dalam tempoh lagi 5 tahun lagi akan datang mungkin jumlah jualan EV ini boleh meningkat jika harga jualan EV adalah mampu milik serta infrastruktur seperti tempat untuk cas kereta lebih mudah didapatkan secara meluas.
Show all...
👍 19👎 4😁 2 1🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
Sebelum nak sewa bilik tu lebih baik tanya betul-betul keadaan ‘bilik’ tersebut sebab ada juga yang menyewakan katil tanpa bilik. Hanya tinggal di ruang tamu sahaja. Langsung tidak ada privasi. Orang lain lalu lalang di rumah boleh nampak kita tengah tidur. Kalau anda sanggupkah anda sewa di tempat seperti ini?
Show all...
👍 21🔥 6 2😁 1
Photo unavailableShow in Telegram
Terkejut jiran sebelah bila dapat berita yang artis nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza kena tangkap oleh polis. Katanya ada nampak berita dengan gambar Siti Nurhaliza kena tangkap polis di Facebook dan Instagram. Biar betul? Jangan mudah percaya dengan berita ‘Click Bait’ ini. Ianya adalah salah satu taktik scammer nak mahukan orang klik pada link yang mereka berikan. Hati-hati dengan berita scam seperti ini. Jangan pernah klik sebarang link yang mencurigakan.
Show all...
👍 12 4🔥 4😁 1
Photo unavailableShow in Telegram
Ada orang suka kereta ‘lowered’ sebab nampak lebih cool di mata mereka. Tapi sebenarnya ada kereta lowered ni agak ‘menyusahkan’. Nak lalu bonggol pun tak lepas, nak parking pun kadang-kadang tak lepas sebab ada tinggi sikit je dah boleh terkena bumper kereta mereka. Biarlah ‘seksa’ sikit asalkan bergaya. Tapi kalau sampai parking pun tak betul dan boleh ganggu laluan kenderaan lain, apa pula pandangan anda?
Show all...
👍 15🔥 4😁 3
Photo unavailableShow in Telegram
Sekali pandang pun dah tahu gambar edit. Nak kena belajar lagi ni untuk cara edit yang betul. Biarpun nampak gambar macam ‘fake’ tapi ada ramai jugalah yang terpedaya dengan iklan scam macam ni. Sekejap gambar Shuib, sekejap gambar Khairul Aming, sekejap gambar Lee Chong Wei. Rajin betul scammer ini nak edit gambar. Kita janganlah mudah terpedaya. Jangan isi sebarang maklumat peribadi dalam link iklan scam ini. Nanti-nanti duit anda pula yang lesap. Paling selamat, jangan klik langsung bila nampak iklan scam ini.
Show all...
🤣 13🥴 4👍 1🤬 1
01:56
Video unavailableShow in Telegram
PPIM bersama geng gangster? Dalam episode “Dari Fail Aduan PPIM”, kami akan membawa anda menyelami kedalaman isu hangat yang menjadi buah bibir ini. Dapatkan jawabannya dan ikuti penelusuran kami dalam siri podcast yang tidak hanya mengungkap kebenaran, tetapi juga memberi wawasan baru tentang apa yang sebenarnya terjadi. Saksikan hanya di platform PPIM. Jangan lewatkan! #fyp #fypシ #fypシ゚viral #malaysia #shorts #ppim #halalharam #podcast
Show all...
FAIL ADUAN PPIM_EPS 15_REPOST.mp4144.32 MB
12👍 6
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.