cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking Β«Accept allΒ», you agree to the use of cookies.

avatar

Komuniti IsteriSihat

Kami Bawakan Nasihat-Nasihat Kesihatan Wanita, Terus Daripada Pakar. Jom jadi #IsteriSihat Nak improve overall Kesihatan Wanita? Layari: https://isterisihat.com.my/

Show more
Advertising posts
2 380
Subscribers
+824 hours
+197 days
+7730 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Jom bincang........πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹ Kenapa isteri mudah marah dan mudah maaf? Kenapa isteri mudah sayang dan mudah benci? Kenapa isteri mudah amuk dan mudah tenang? Kenapa isteri mudah berkata kata dan mudah diam? Kenapa isteri mudah buat keputusan kemudian mudah meninggalkan keputusan? Semua persoalan ini jawapannya satu "Emosi" Emosi itu pula perlu difahami kejadiannya adalah kerana hasil kerja proses di otak isteri tersebut Otak isteri yang memproses itu pula dipengaruhi oleh mata,telinga,tangan,kaki dan segala panca indera yang wujud secara fizikal atau mental pada diri isteri itu Contoh Suami balik rumah tak makan nasi yang isteri masak Mata isteri melihat Otak isteri memproses Hati isteri merasakan "sesuatu" Contoh Isteri 1 Melihat dengan mata dan otak pun mentafsir sendirian "oh jangan jangan suami aku ada majlis makan free lagi di pejabat harini" Isteri 2 Melihat dengan mata dan otak pun mentafsir sendirian "Suami aku tak sentuh masakan aku,jangan jangan suami aku masih marah pasal semalam" Dalam situasi isteri satu dan dua Ada "sesuatu" yang mempengaruhi otak isteri berproses dengan input yang berbeza di antara 2 contoh isteri tersebut Dan ada lagi satu contoh Isteri 3 "Bang kenapa tak makan nasi pun" - tanpa menggunakan proses di otak yang sendirian dan "sesuatu" tetapi terus menggunakan lisan untuk berinteraksi dengan suami Suami pun menjawab "jap sayang, abg nak mandi dulu" "Okey abang" Soalannya Kenapa perbezaan wujud pada isteri 1, 2 dan 3 ? Apakah "sesuatu" itu
Show all...
❀‍πŸ”₯ 4πŸ‘ 2
Bila dah belajar.... Belum tentu faham... Bila dan faham.... Belum tentu amalkan.... Bila dah amalkan.... Belum tentu istiqomah.... Bila dah istiqomah.... Belum tentu diterima.... Dan andaipun diterima Apakah pasti DIA redha pada Kita setelah selama ini menjalani segalanya **** Begitulah kita.... Hidup sekadar hidup dan menjalani hidup Tidak ada satu ketetapan pasti Apakah lagi hasil yang tepat pasti Semuanya perlu kita sedari bahawa segalanya tidak dalam kawalan kita Sekadar kita menjalani rasa rasa yang singgah ini Beruntunglah jika segala rasa rasa itu menjadi asbab mendorong kita untuk semakin berubah diri dari yang lama kepada yang baru Itulah satu satunya keberuntungan kita untuk kita kerah dan bukan sekadar berserah #inspirasiseksual #inspirasiisteri #xgeneroyale #xprimalmen
Show all...
πŸ‘ 3
Belajar paksa diri Bukan paksa orang Dalam perjalanan menuju lebih sihat dan lebih indah kehidupan yang dijalani Usahakan untuk semakin Paksa diri ! ! ! ! Buang jauh jauh sikap suka paksa orang? Suka sangat paksa pasangan ? Suka sangat paksa anak? Come on.... Jom ubah strategi.... Paksa diri sendiri! Harini malas solat, solat pun tipu tipu, puasa pun tak pernah ganti, Al Quran pun tak pernah baca.. Ada hati nak sesuatu yang lebih baik saban hari? Sedangkan hal rutin sendirian pun gagal di tunai oleh diri sendiri Lepas tu suka suka paksa suami, paksa isteri, paksa anak anak, paksa keadaan sekeliling itu ini itu ini...supaya seperti apa kita hajati Ohh tamak sungguh manusia Lepas tu? Bila tak menjadi paksaan tu, mulalah play victim, acah acah nasib terpaling buruk, nasib terpaling malang, nasib terpaling, kenapalah aku tak dapat pasangan dan anak anak yang sempurna macam orang lain? Kenapa aku tak beruntung? Come on guysss.... Untung rugi nasib kita bukan di tangan pasangan kita itu siapa dan bagaimana Untung rugi nasib kita bukan di tangan anak kita bagaimana rupa atau bagaimana gaya Untung rugi nasib kita ada pada akal yang mampu mengolah kesempatan yang ada Untung rugi nasib kita ada pada hati yang mampu merasai kenikmatan apa yang sedang singgah Jika akal dan hati sendiri tak dapat menjalankan fungsinya Maka menjadi lah orang luar sebagai beban dan musibah Padahal orang luar itu sekadar persinggahan tak lama pun untuk kita nikmati baik buruknya Cuma kita terasa berat dan beban kerana membanding banding kan apa kita ada dengan apa orang ada Cukup cukuplah sikap buruk kita itu Paksa diri!! Paksa diri waras dan bertimbang rasa sesama Hidup ni tak lama Jangan tamak untuk hal yang indah indah sahaja Belajar terima bahawa kekurangan juga suatu kelebihan yang kita perlu pandai pandai merasakan keindahan yang ada di sebaliknya Selama kita tak belajar paksa diri dan terima Selamanya kita tidak dapat merasa kebaikan apa apa #inspirasiisteri #inspirasiseksual #xgeneroyale #xprimalmen
Show all...
❀ 9πŸ‘ 5❀‍πŸ”₯ 3πŸ”₯ 2
"Berilmu" itu, salah satu maksudnya ialah bersedia berdepan kemungkinan Salah satu maksud berilmu juga boleh meramal untuk menyiapkan diri berdepan keadaan mendatang Sebagai contoh berilmunya seorang surirumah Sudah tahu dia waktu bangun, waktu masak,waktu makan,waktu mandi, waktu anak sekolah,waktu anak exam,waktu suami makan,waktu suami rehat,waktu anak main,waktu rehat, waktu belajar tambah ilmu dan seribu satu hal sudah ada di dalam kepala seorang surirumah itu untuk dia kendalikan diri dan kondisi sekeliling dan seharian Dan tidak akan ada sesiapa selain surirumah itu sendiri yang mampu buat dan memahami keilmuannya itu Jika ada selain surirumah untuk berilmu seperti surirumah, tiada cara lain melainkan seseorang itu duduk dan menjalani proses dan posisi itu seratus peratus dan maka barulah mendapat ilmu ilmu surirumah tersebut Itulah perihal "berilmu" Seseorang yang sudah berilmu, pasti tidak merasa susah dan merasa senang beramal dengan ilmunya itu Berbeza orang tidak berilmu sesuatu hal yang ia masih baru Maka terasa susahnya beratnya dan baik tidur sahaja dari buat hal yang susah susah padanya itu Begitulah misalnya kita seorang suami dan isteri Andai telah lama kita memegang job skop suami dan isteri Namun.... Masih terasa susah,berat dan malas nya kerana susah dan berat itu Maknanya kita belum berilmu dengan sebenar jalan ilmu seorang isteri atau suami Itulah hakikatnyaπŸ‘† Hanya kita mahu mengiyakan kegagalan kita berilmu itu Atau kita sudah sedar dan sudah mula menuntut keilmuan seorang suami dan isteri dari orang yang selayaknya Siapakah yang perlu kita menuntut ilmu darinya? Tiada jawapan lain Lihatlah sekeliling yang terdekat di sisi kita Siapa yang kita lihat berjaya dan berhasil sebagai isteri dan suami Jika ada Kita kagumi langkahnya Maka..itulah yang kita jadikan guru Guru boleh jadi dalam diam diam atau secara berdepan tiada salahnya Adaptasi ilmu orang berilmu perlu bijak kita aplikasi dalam hidup kita Jangan prejudis dan jangan banyak sangka sangka Bak kata pepatah lama Yang buruk jadikan sempadan Yang baik jadikan tauladan Maka Akan dapatlah ilmu ilmu orang orang berilmu sekeliling kita Jangan jadi kera sumbang hanya fokus satu hal satu prinsip dan satu pandangan sahaja Pecahkan sempadan diri Mulakan melangkah dan melihat sekeliling hal hal yang baru Segalanya belum terlambat asalkan masih ada M.A.H.U!!! Selamat beramal Selamat berilmu #inspirasiseksual #inspirasiisteri #xgeneroyale #xprimalmen
Show all...
πŸ‘ 6❀‍πŸ”₯ 1πŸ’― 1
Runcingnya alam rumahtangga tanpa seks Yang melalui sahaja akan merasaπŸ‘† Betapa peritnya, dekat tapi jauh..... Betapa sakitnya, mampu gapai tapi tak sampai.... Betapa merananya, mampu lihat tapi gagal sentuh....... Ohh tuhannn!! Kalau bukan sebab iman di dada dah lama aku terjun bangunan!! Ada yang belum teruji rasa ini? πŸ‘† Maksudnya mungkin alam rumahtangga anda masih di fasa honeymoon (maka enjoy lah puas puas) Namun bersedialah! Fasa mental koyak dengan pasangan pasti akan melintasi Sekalipun tidak hari hari Namun ia sangat memberi kesan setiap saat yang dilalui Inilah fasa alam rumahtangga yang masih fasa mengenal dan kabur dengan fenomena nyata rumahtangga Apa panduannya yang perlu dipegang? Berpeganglah bahawa "aku dan pasangan sedang berproses" Berilah waktu Berilah masa Berilah ruang Berikan segala gala pada diri masing masing untuk beradaptasi Ibarat sedang menaiki kereta di daratan yang rata Berubah kepada menaiki kapal di lautan gelora Jangan cepat cepat ingin terjun ke laut dek mual dan sukar terima kocakan di dalam kapal Sabar sekejap diri sedang beradaptasi Jangan disangka terjun ke laut selesai masalah Hadapilah lautan dari dalam kapal Perlahan lahan segala fungsi otak dan hati akan mampu beradaptasi untuk memahami alam daratan dan alam lautan itu tidak sama Beri ruang... Jangan cepat ingin membuang permata baru yang sedang indah mendatang cuma masih gagal memandang... #inspirasiseksual #inspirasiisteri #xprimalmen #xgeneroyale
Show all...
πŸ‘ 6😒 2❀ 1
Hye semua support KIS yang dicintai lagi dikasihi Agak agak kalau admin buka sesi "Deep Talk - Suami Isteri Sihat" Setiap minggu live sharing dalam 2jam.... Ada tak yang sudi hadap tak πŸ₯Έ Jawab ikhlas yerrrrAnonymous voting
  • Saya πŸ’― sokong dan setia hadap
  • Saya siap sedia nak jadi "Team Deep Talk"
  • Saya malas layan live suka baca baca jer
  • Saya ikut mood saya
  • Saya no komen
  • Saya baru join sedang memerhati dari jauh perkongsian di sini
0 votes
πŸ‘ 1
Perbezaan ketara suami dan isteri perlu dikaji dan di fahami setiap pasangan Tujuannya untuk mengecap nikmat seks halal di dalam rumahtangga Ia memerlukan sebuah strategi yang tuntas dan tepat Sama seperti sifir matematik 1 + 1 = 2 Begitulah juga dalam alam rumahtangga perlu ada sifir yang jelas difahami Jom semak sifir rumahtangga yang wajib di amal untuk memacu pemilikan seks halal yang mantap 1. Isteri Hormat Suami + Suami Hargai Isteri = Seks Halal Padu #hentakberderai Bagaimana? Fahami makna hormat Fahami makna hargai Hormat suami bahawa mereka lelaki Hargai isteri bahawa mereka wanita Suami tak kisah tidak dihargai namun jangan sesekali tidak dihormati Isteri tak kisah tidak di hormati namun jangan sesekali gagal menghargainya Ketahuilah kita Kenapa perlu lelaki dihormati kerana hormat itu meninggikan zahir mereka Kenapa perlu wanita dihargai kerana menghargai itu memenuhkan batin mereka Fahamilah sifir ini Lelaki itu zahirnya perlu dijaga Wanita itu batinnya perlu dipelihara Jika sempurna sifir ini Bahagialah kita Sengketa sekadar asam garam menyedapkan rasa dan suasana #inspirasiisteri #inspirasiseksual #xgeneroyale #xprimalmen
Show all...
❀ 6❀‍πŸ”₯ 3
Hujan membasahi bumi Difahami hujan itu membawa rahmat Rahmat itu rupanya bagaimana Rahmat itu rupanya tiada berbentuk untuk dilihat mata manusia Namun hasilnya boleh dilihat Contoh Selepas hujan tumbuh pokok pokok dan pokok mengeluarkan oksigen dan oksigen menghidupkan hidupan dan hidupan terus hidup dan menikmati segalanya kerana hidup itu Begitulah pekerjaan "rahmat" πŸ‘† Tidak kelihatan rupa rahmat Namun kelihatan hasil demi hasil demi hasil Begitulah seks halal Rahmat yang melimpah tidak dapat dilihat Namun hasilnya dapat dirasai 1. Bahagia 2. Gembira 3. Rasa dicinta 4. Rasa diperlu 5. Rasa berguna diri 6. Rasa tenang 7. Rasa senang hati 8. Rasa bersemangat diri 9. Zuriat soleh solehah 10. Rezeki melimpah mudah 11. Tenang ibadah 12. Rajin sedekah 13. Rajin berkongsi kebaikan Sejuta hal hasil hasil seks halal yang dirahmati tak tertulis di nota ini Jika manusia mampu melihat rahmat dalam bentuk seperti gift di tiktok Agaknya semua orang tak keluar bilik Duk buat projek sahaja laki bini sambil sambil tengok gift bertebaran masuk ke dalam bilik..agaknya begitulah πŸ₯Ά Namun Sekalipun tak kelihatan dalam bentuk gift Realitinya rahmat melimpah ruah itu sangat benar buat pejuang seks halal Maka kerana itulah hendak berjuang di dalam seks halal tidak semudah seperti menaip dan membaca di sini Kronologi hati dan perasaan sebelum menemui seks halal itu amatlah nyata Dugaan cabaran pancaroba untuk mengekalkan seks halal itu ibarat memerangi musuh di medan perang Malahan mungkin lebih dahsyat dari medan perang kerana musuh kepada seks halal ini tidak kelihatan Iaitu musuh kepada seks halal adalah 1. Rasa benci kepada pasangan 2. Rasa diri pasangan lemah bodoh bengap 3. Rasa hidup gagal berpasangan 4. Rasa hidup tak seperti pasangan lain pun 5. Rasa hubungan tak seronok pun Sejuta lagi rasa rasa yang sedang diperangi Atau mungkin dah malas berperang Lantakkan sahaja biar mahkamah jadi penentu Begitulah...... Kisah rahmat dalam seks halal Lalui dahulu Jangan banyak sangka sangka Perangggggg!!! #isterisihat #inspirasiseksual #xprimalmen #xgeneroyale Support komuniti dapatkan produk berkualiti disini http://Store.suamisihat.com
Show all...
❀‍πŸ”₯ 7πŸ‘ 3πŸ’― 2πŸ₯° 1
di-sini-kasih-ku-abadi.mp34.16 MB
Layan jemm kah sedara... Hujan huja pulak...nah...admin kasi lagu layan dalam hujan.... Di Sini Kasih Ku Abadi - Rahmat Ekamatra Di sini hatiku terluka Setelah kasihku berbunga Sungguh tak ku sangka Tiada lagi air mata Hendak ku tangiskan untukmu Yang tinggal hanyalah duka dan pilu Di mana harum mawar yang setia Di mana hilangnya tugu cinta Sukarnya berpisah dengan dirimu Sukarnya melupakan oh dirimu Jangan kau tinggalkan diriku Jangan kau berpaling kasihmu Jangan kau biarkan diriku Sepi tanpamu Sayangku kembalilah padaku Tiada tempat untuk mengadu Sayangku berikanlah kasihmu Buat diriku Tiada lagi air mata Hendak ku tangiskan untukmu Yang tinggal hanyalah duka dan pilu Di mana harum mawar yang setia Di mana hilangnya tugu cinta Sukarnya berpisah dengan dirimu Sukarnya melupakan oh dirimu Jangan kau tinggalkan diriku Jangan kau berpaling kasihmu Jangan kau biarkan diriku Sepi tanpamu Sayangku kembalilah padaku Tiada tempat untuk mengadu Sayangku berikanlah kasihmu Buat diriku Jangan kau tinggalkan diriku Jangan kau berpaling kasihmu Jangan kau biarkan diriku Sepi tanpamu Sayangku kembalilah padaku Tiada tempat untuk mengadu Sayangku berikanlah kasihmu Buat diriku
Show all...
πŸ’˜ 6
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.