cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking Β«Accept allΒ», you agree to the use of cookies.

avatar

AstroMet Malaysia

Memaparkan info - info menarik berkenaan topik astronomi dan juga meteorologi .

Show more
Advertising posts
13 653
Subscribers
+224 hours
+57 days
+6130 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Photo unavailableShow in Telegram
Imej pertama Bumi dan Bulan dalam satu bingkai yang berjaya di ambil kapal angkasa Voyager 1 pada 18 September 1977 . Ketika gambar ini diambil, jarak kapal angkasa tersebut dari Bumi adalah sekitar 11.66 juta Kilometer .
Show all...
😱 14πŸ‘ 9
Perbandingan ramalan ekstrem melibatkan angin pada 19 September dan 21 September. Nampaknya keadaan angin kencang yang melanda negara kita sejak kebelakangan ini akan beransur-ansur mereda.
Show all...
πŸ‘ 5
Photo unavailableShow in Telegram
Semak jadual pasang surut di :- https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/
Show all...
πŸ‘ 3
Berpeluang menyaksikan dua fenomena optik di Atmosfera malam ini iaitu Korona Bulan dan juga Halo Bulan 22Β°. Tak lupa juga Planet Zuhal nun jauh di atas Bulan.
Show all...
πŸ‘ 10
Photo unavailableShow in Telegram
Fakta Bulan Purnama September 2024 :- - Bulan Purnama September ini merupakan Purnama Gedang atau Purnama Perigee ( Supermoon ) yang kedua paling hampir dengan Bumi bagi tahun 2024. - Secara teknikalnya Bulan memasuki fasa Purnama pada jam 10:34 AM, 18 September 2024 dengan jarak sekitar 357486 km. - Bulan memasuki fasa Purnama beberapa jam sebelum Bulan berada di kedudukan Perigee iaitu kedudukan dimana Bulan berada paling hampir dengan Bumi. Kedudukan Bulan jauh dari Bumi dipanggil Apogee. - Bulan berada di kedudukan Perigee pada jam 09:26 PM, 18 September 2024 dengan jarak sekitar 357284 km. - Ketika Purnama Gedang berlaku, Bulan akan kelihatan sedikit terang dan besar berbanding Purnama biasa.
Show all...
πŸ‘ 8❀ 2
Pandang ke langit sekarang. Cantik Bulan malam ini 😍 Bulan hari ini telah memasuki fasa Purnama gedang ( Supermoon ) kedua paling dekat dengan Bumi bagi tahun 2024. Sedikit besar dan terang berbanding Purnama biasa.
Show all...
❀ 12πŸ‘ 3
Waspada banjir di persisiran ! Beberapa hari ini akan berlaku peristiwa pasang surut perbani Perigee dimana air pasang besar dan air surut timpas di kebanyakan kawasan berikutan Bulan memasuki fasa Purnama ketika ia berada di kedudukan Perigee ( dekat dengan Bumi ). Secara teknikalnya Bulan memasuki fasa Purnama pada jam 1024 AM, 18 September 2024 manakala Bulan berada di kedudukan Perigee pada jam 0926 PM. Keadaan bertambah buruk jika air pasang besar berlaku bersamaan dengan angin kencang dan laut bergelora serta luruan ribut iaitu deruan air naik jauh ke kawasan daratan akibat dorongan angin kencang dari arah perairan yang boleh menyebabkan banjir di persisiran.
Show all...
😱 8πŸ‘ 3
Photo unavailableShow in Telegram
Imej Gerhana Bulan Separa yang berlaku pagi tadi, 18 September 2024. Gerhana kali ini tidak dapat disaksikan di Malaysia kerana rantau sebelah sini sedang siang. Hanya bahagian Bumi yang sedang malam sahaja yang dapat menyaksikan peristiwa tersebut yang melibatkan benua Amerika utara dan selatan, Eropah, Afrika, sebahagian Asia, Antartika, Pasifik, Atlantik, Lautan Hindi dan Artik. Keseluruhan fasa Gerhana bermula dari jam 08:41 AM dan berakhir pada jam 12:47 PM. Sekitar 3.5% permukaan Bulan dilindungi bayangan Umbra Bumi ( bersifat gelap ) manakala selebihnya hanya dilindungi bayangan Penumbra Bumi ( bersifat samar-samar ) Kredit imej :- Bob Boyd
Show all...
πŸ‘ 5
Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin yang berlaku di utara Semenanjung dan barat Sabah dijangka berterusan sehingga 21 September 2024. Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut serta angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka Utara. Jabatan Meteorologi Malaysia telah meletakkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) di bawah amaran cuaca waspada dari 15 September sehingga 19 September 2024. Hujan berterusan dijangka berlaku dalam tempoh tersebut di kawasan yang dinyatakan.
Show all...
πŸ‘ 8😐 2πŸ”₯ 1😱 1
Jumlah hujan terkumpul dari 1 September sehingga 16 September 2024
Show all...
πŸ‘ 4😱 3
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.