cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking Β«Accept allΒ», you agree to the use of cookies.

avatar

Sembang Sihat | Mazliana Mazlan

Perkongsian tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Show more
Malaysia3 420The language is not specifiedFamily & Children292
Advertising posts
42 184
Subscribers
-624 hours
-787 days
-23630 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Photo unavailableShow in Telegram
Soalan fav dari korang semua. Macam mana nak anak tinggi? Anak bantut, apa nak buat? Mungkin boleh cuba tips ni pulak. Bukan je anak makin tinggi, insyaAllah, tapi imun pun akan kuat sama untuk lawan jangkitan. Kita akan perasan, anak jarang tak sihat, Allah izin semuanya. Baca di sini. https://www.instagram.com/p/C_zVpxoPcXE/?igsh=MTFhMHhjcjhjZGdkNQ==
Show all...
πŸ‘ 12❀ 7
Photo unavailableShow in Telegram
Show all...
πŸ‘ 20❀ 6
2 alat ketagihan zaman moden untuk anak. Ketagih ultra processed food & ketagih gadjet. Menangis bila tak dapat, ini normal. Tapi bila anak mula mengamuk kalau tak dapat, ibu ayah dah kena mula fikir solusi segera untuk detox 2 alat ni. Sekat. Limit. Buat yang ini dulu. Anak pasti akan ada withdrawal symptom. Makin kuat amukan mereka, tapi insyaAllah sekejap je. Teruskan, untuk kebaikan mereka. Selalu kita dengar, biar anak menangis mengamuk sekarang, bukan kita yang menangis bila dah mula nampak kesan negatif pada anak akibat dari ketagihan ultra processed food dan juga gadjet. Kita usaha sama-sama ya. Bukan mudah, ia sangat sangat susah. Perlukan usaha dan kesabaran yang sangat tinggi. Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
Show all...
πŸ‘ 72❀ 11
Telur makanan lengkap breakfast anak. Padat nutrisi. Sesuai untuk baby, anak kecil dan anak yang dah sekolah. Sehari sebiji, untuk anak fokus dan kuatkan memori. Rebus boleh, goreng dengan minyak sapi boleh. Kualitikan berat badan anak dengan telur. Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
Show all...
❀ 39πŸ‘ 23❀‍πŸ”₯ 3
Grounding dan sunning untuk kuatkan imun anak. Buat setiap hari, paling kurang 20 minit sehari. Cuba buat 2 minggu je, dah boleh nampak kesan positif pada imuniti anak. Tak susah, depan rumah pun boleh. Berkaki ayam atas rumput waktu siang. Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
Show all...
❀ 24πŸ‘ 7πŸ‘ 1
Dah sebulan anak batuk tak baik lagi. Dari bulan 1 haritu, lebih 4 kali warded, batuk masih berulang kali tak sembuh sepenuhnya. Pantang makan, mula jaga makan minum anak. Tak dapat pantang semua, 5 jenis makanan ni kena usaha bersungguh. 1. Roti Semua jenis roti pasaran. Elakkan, masa anak tengah batuk, dan 2 minggu selepas anak baik dari batuk. Fasa anak fragile macam ni, jangan bagi makanan tinggi proses roti pasaran, ia tingkatkan radang dalam tubuh anak, buatkan batuk lambat sangat nak sembuh. Boleh ada pakej kahak degil susah nak hilang. Walaupun roti buat sendiri di rumah dari tepung gandum, elakkan waktu anak tengah batuk atau asthma. Isu gluten, GMO, bahan kimia toksik yang ada dalam tepung, sedikit sebanyak beri kesan alahan pada anak. 2. Biskut Semua jenis biskut pasaran. Biskut kosong, mahupun yang ada krim di tengah. Sama isunya macam roti. Ada gandum dan makanan tinggi proses. Ditambah perasa, perisa, pewarna tiruan, tinggi kandungan gula, aditif berlebihan. Elakkan kalau nak anak cepat sembuh dari batuk. 3. Susu formula (anak 1 tahun ke atas dah tak perlukan susu formula), susu full cream, susu kotak, susu campuran 3 in 1, susu strawberi, susu coklat, susu segar lembu. Apa-apa datang dari susu lembu, elakkan dulu. Termasuk produk tenusu lain, contoh cheese dan yogurt. Kalau anak nak minum sangat susu, boleh ganti dengan susu kambing, segar dari ladang, ini yang terbaik. Setahun ke atas dah boleh. 4. Kek, waffle, pancake, lempeng, cucur, cekodok. Apa-apa yang berasaskan gandum. Walau buat sendiri di rumah. Rumah yang ada anak asthma, anak kerap batuk, anak batuk lama, kena pantang gandum. Cuba je sebulan, korang akan pelik macam mana batuk anak makin berkurang. Gandum moden tak sama macam dulu, bukan hanya tentang gluten, tapi gandum moden ada banyak kimia toksik. Elakkan semampunya jika anak kerap tak sihat. 5. Aiskrim, nugget, sosej, coklat, jajan, air kotak. Semua ni makanan tinggi proses. Tak lepas dengan pewarna tiruan, perasa tiruan, pemanis tiruan, dan aditif yang berlebihan. Semuanya makanan pembawa radang. Anak tengah batuk, tengah ada keradangan dalam tubuh anak. Jangan tambah lagi radang dengan makanan macam ni. Korang kena cuba tau, kalau ada anak yang selalu sangat batuk. Ubat dan supplement boleh membantu. Tapi kalau 5 ni tak buat dulu, anak tak akan dapat penyembuhan yang sempurna. Batuk anak akan datang menyinggah lagi, kalau tak jaga makan minum. Kita usaha sama-sama ya. Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
Show all...
πŸ‘ 65❀ 9
Tips dan petua. Semua ni hanya ikhtiar, ia bukan ubat harini ambil dan esok sembuh. Supplement paling mahal sekalipun kita bagi pada anak, tapi tak amalkan gaya hidup sihat, ia tetap tak akan bantu proses penyembuhan anak. 1. Picky eater, tak suka nasi, ketagih gula/suka manis, suka jajan, anak yang minum susu formula, berat badan tak/susah nak naik, sembelit πŸ‘‰ Almanna dan minyak kelapa dara 2. Cirit muntah πŸ‘‰ Almanna, habbatussauda' 3. Susah tidur malam πŸ‘‰ Magnesium flakes & oil 4. Batuk, kahak, resdung, tonsil πŸ‘‰ Magnesium flakes & oil, minyak kelapa dara, minyak habbatussauda'. 5. Demam, sawan, chicken pox, influenza, HFMD, tonsillitis πŸ‘‰ Magnesium flakes & oil, minyak kelapa dara 6. Kecacingan, ulcer, luka kecil πŸ‘‰ Minyak kelapa dara, habbatussauda' Korang boleh cuba k. Kalau serasi, kejap je nampak kesan. Tapi yang paling utama, jaga makan minum anak, tidur kena kualiti, sunning grounding selalu, jauhi gadjet. P/S : Jualan dibuka hanya untuk harini dan esok. Bermula jam 10 pagi. Klik sini ye. t.me/anakdanibu
Show all...
πŸ‘ 31❀ 15πŸ”₯ 1πŸ™ 1
Influenza. Siapa yang dah pernah kena je tahu betapa perit nak lalui kan, terutama kalau datang sekali dengan sakit sendi satu badan. Sekarang musimya. Hati-hati ya korang, terutama anak kecil, yang ada asthma, ibu mengandung. 5 saranan untuk anak-anak. 1. Bila anak balik sekolah atau taska, bersihkan diri anak dulu. Mandi dan tukar baju baru. Sentiasa ajar anak untuk jaga kebersihan diri. Sebelum makan kena basuh tangan. Buat rendaman magnesium setiap petang, atau 3 kali seminggu. Bukan je kuatkan imun anak, tapi juga bantu mudahkan tidur malam anak. 2. Kuatkan imun anak, dengan makanan berkhasiat dan berkualiti. Sup tulang, singgang, bone broth, kerapkan dalam seminggu. Elakkan dan kurangkan makanan tinggi proses yang boleh tambahkan keradangan dalam tubuh anak. Roti, biskut, susu, makanan favourite anak ni, sebenarnya kurang sesuai ambil tiap hari. Ambil makanan tambahan yang boleh beri kesan penyembuhan, contoh minyak kelapa, minyak zaitun, madu, habbatussauda’. 80% imun dari usus anak. Jaga usus, baiki usus, anak akan makin kuat imunnya. 3. Kerapkan bawa anak bermain di tanah, di bawah cahaya matahari. Bermain di luar, bukan je buat hormon happy anak meningkat, tapi imun anak pun makin kuat. Kurangkan screen. Lebih banyak kesan buruk dari kesan baik untuk kesihatan tubuh, otak dan jiwa anak. Radiasi dan blue light beri kesan pada tubuh, ketagih dan sensori beri kesan pda otak, dan paling penting apa anak tengok dan dengar dari screen, membentuk jiwa dan hati mereka. 4. Bila anak tak sihat, demam, batuk, selsema, elakkan ke sekolah. Antara simptom influenza; demam, sakit tekak, batuk, selsema, sakit kepala, sakit badan, letih, lemah. Bila demam panas dan suhu terlalu tinggi, atau demam berpanjangan, bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan. Batuk sampai berlekuk dada dan sesak nafas pun, jangan lengah ke klinik atau hospital. Magnesium mungkin membantu waktu ni, bukan sebagai ubat, tapi untuk bantu penyembuhan dan kurangkan komplikasi. Baiki usus dan dalaman juga, dengan minyak kelapa, minyak zaitun, madu dan habbatussauda’, cari yang berkualiti untuk kesan yang optimum. 5. Bila diuji dengan influenza, doa Allah bantu kita redha dengan ujian yang diberi. Nabi kata, sedekah juga boleh jadi ubat. Banyakkan sedekah, niatkan untuk penyembuhan anak kita. Sakit dan sihat itu dari Dia, bukan sebab kita jaga makan minum, amalkan gaya hidup sihat ataupun tidak. Tapi usaha jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat, ini adalah dituntut dalam Islam. Kuatkan imun anak, ini kuncinya. InsyaAllah risiko berjangkit makin kurang, penyembuhan dan kesan sampingan juga cepat beransur reda. Kita usaha sama-sama ya. P/S : Saya buka jualan semua item dalam gambar ni, hanya sekali je sebulan. Untuk Julai, jualan 3 & 4 Julai, jam 10 pagi. Stok terhad. Ada support group untuk cara penggunaan dan pertanyaan. Korang yang nak dapatkan, boleh masuk waiting list di Telegram Anak & Ibu. t.me/anakdanibu
Show all...
πŸ‘ 21❀ 15
4 perkara yang anak kecil kena pantang untuk tubuh sihat dan otak cerdik. Tak kisah apa pun struggle kita, 4 perkara ni perlu kita utamakan dalam mendidik dan membesarkan anak. Latih sejak usia anak masih kecil. 1. GULA PUTIH - Kurangkan gula tambahan dari anak-anak. Jauhkan terus gula tambahan dari anak umur 2 tahun ke bawah, elakkan, tak perlu bagi langsung lebih baik. - Ada yang kata, kalau tak bagi nanti, tak ada tenaga, anak makin picky eater. Risiko anak ketagih gula, lebih bahaya dari anak memilih makanan ye. - Kurangkan makanan tinggi gula, candy, biskut, roti, air kotak, coklat. - Ganti gula putih dengan; Gula kelapa : https://shope.ee/10WW1QfFdb Madu : https://my.shp.ee/gHv6d88 Puree kurma untuk anak bawah 2 tahun : https://s.shopee.com.my/6zzFgkWEC3 2. GARAM PUTIH - Elakkan untuk anak bawah 1 tahun. - Selepas setahun, boleh kenalkan anak dengan garam. Pilih garam berkualiti, bukan garam putih. - Limitkan kuantiti makanan tinggi garam, contohnya frozen food, mi segera, potato chips, jajan. - Ganti garam putih dengan; Garam Himalaya - https://s.shopee.com.my/10i2XxeLf6 3. SCREEN - Sekarang zaman screen. Kita tahu banyak sangat keburukan screen untuk anak. Jangan ambil mudah, dengan biarkan anak bersama screen supaya anak duduk diam, tak bising, tak kacau kita buat kerja. - Kawal dari anak kecil, sebaiknya elak terus untuk anak bawah 2 tahun. Screen untuk anak bawah 2 tahun, akan buatkan anak ada masalah sensori bila semakin membesar. - 2 hingga 6 tahun, maksimum 1 jam je setiap hari. Kalau 1 jam seminggu, itu lebih baik. Kalau tak ada langsung, ini paling baik. - Ganti screen dengan dengan buku dan educational toys. Tak perlu yang mahal pun, banyak je murah di Shopee. - Pengganti screen paling baik untuk anak, adalah diri kita sendiri, ibu dan ayah. 4. DUDUK - Anak tak boleh duduk dalam jangka masa yang lama kalau kita nak dia jadi anak yang sihat tubuh badan dan bijak otaknya. - Biarkan anak bergerak, berlari, berjalan, memanjat, merangkak, meniarap, bergayut. Kita cuma pantau, dan jauhkan anak dari bahaya. Bukan menghalang. - Kita risau anak tak boleh fokus dan beri perhatian, sebab dia tak reti duduk diam. Tapi sebenarnya, kalau kita bagi ruang dan peluang yang betul, tak duduk diam itulah buatkan otak dia bergerak dengan sangat aktif. - Anak kecil tak mampu duduk diam lebih 30 minit tanpa buat apa-apa. Tapi zaman sekarang, hanya screen yang mampu dudukkan anak diam tanpa buat apa-apa, lebih 3 jam pun boleh. - Ganti screen dengan taman, playground, pantai. Jangan kita sekat kemampuan anak kita bergerak dengan screen. Kita usaha sama-sama ya. Zaman sekarang dah tak macam dulu. Banyak faktor luar yang main peranan untuk lemahkan tubuh dan otak anak kita. Kita kena usaha belajar tambah ilmu. Mazliana Mazlan t.me/sembangsihat
Show all...
πŸ‘ 20❀ 5
4 supplement tanpa gula putih untuk anak. Semuanya dari bahan makanan. Jadi, boleh juga dimasak atau dimasukkan dalam makanan pagi anak. 1. Minyak kelapa dara lemak baik untuk berat badan berkualiti, juga bersifat antiradang. Kalau anak korang berat tak naik, di line kuning, sesuai sangat masukkan minyak kelapa dara ni dalam makanan anak. Bagi setiap hari. Yang kerap tak sihat, batuk, tonsil, resdung, pun elok ambil setiap hari. 2. Minyak habbatussauda' ejen antiparasit, nak elak cacing boleh amal yang ini. Juga agak mujarab untuk batuk, tonsil dan resdung untuk sesetengah anak. Minyak yang kena ada di setiap rumah yang ada anak kecil. 3. Almanna dibancuh dengan madu asli. Almanna prebiotik untuk usus. Banyak masalah kesihatan berpunca dari usus yang tidak sihat. Almanna untuk baiki ekosistem bakteria di usus. Imun anak akan makin kuat. 4. Madu banyak sangat khasiatnya kan. Antibakteria, antivirus, antifungus, antiraradang, antioksida. Antara item yang kena ambil bila anak kerap tak sihat. Ganti gupa putih dengan madu asli, dalam minuman anak. Dan, semua ni pun baik untuk otak anak. Minyak kelapa dara, habbatussauda', madu, boleh tingkatkan fokus dan kuatkan ingatan anak. Yang belum ada lagi kat rumah, boleh dapatkan k. InsyaAllah banyak perubahan kesihatan yang lebih baik akan korang nampak pada anak-anak, jika amal dengan konsisten dan cara yang betul. P/S : Saya buka jualan semua item dalam gambar ni, hanya sekali je sebulan. Untuk Julai, jualan 3 & 4 Julai, jam 10 pagi. Stok terhad. Ada support group untuk cara penggunaan dan pertanyaan. Korang yang nak dapatkan, boleh masuk waiting list di Telegram Anak & Ibu. t.me/anakdanibu
Show all...
πŸ‘ 34
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.