cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Tim Ketorae - IFLK Lifestyle

Badan ini satu amanah. Perjuangan memastikan badan sentiasa sihat fizikal, minda dan emosi kena berterusan.

Show more
Advertising posts
1 367
Subscribers
No data24 hours
+127 days
+3130 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Fat threshold setiap orang berbeza. Fat threshold merujuk kepada had tertentu lemak yang badan seseorang boleh simpan dengan selamat sebelum mula mengalami masalah kesihatan Jika seseorang tu dah capai fat threshold: - Lemak mula disimpan di organ dalaman. - Gangguan fungsi insulin terjadi, meningkatkan risiko diabetes. - Tekanan darah boleh meningkat, menyumbang kepada risiko darah tinggi. Sebab itu, dengan amalkan IFLK secara konsisten akan burn lemak yang tak perlu dan seterusnya reverse sakit metabolik. Bonus sekiranya capai berat ideal. —————— P/S: Details tentang group coaching PMLS Wellness —> https://pmls.my.canva.site Untuk daftar, boleh ke sini - www.wassap.my/60137478788/pmlspremium
Show all...
Tips IFLK musim cuti sekolah, santai-santai je ni 1. Meal prep dengan anak-anak Ambil kesempatan cuti sekolah untuk ajar anak masak! Buat aktiviti memasak yang simple macam ayam bakar, sayur goreng, atau telur dadar keto. Boleh ajar mereka tentang pemakanan sihat sambil seronok di dapur. 2. Cuti tak bermaksud cuti dari IFLK Jangan la lari dari rutin IF. Waktu cuti ni, biasalah nak enjoy, tapi cuba kekalkan IF yang konsisten. Kalau boleh buat 16:8 atau 18:6, dah cukup baik. Atau sekurangnya 12:12. 3. Bawa bekal masa travel Kalau plan berjalan-jalan, sediakan bekal makanan keto-friendly. Telur rebus, ayam bakar dan daging salai adalah pilihan mudah dan sedap untuk dibawa ke mana-mana. 4. Aktiviti outdoor dengan gaya IFLK Cuti sekolah ni masa yang sesuai untuk plan aktiviti outdoor macam hiking atau berbasikal. Bagus untuk bakar kalori sambil jaga stamina. Lagipun, anak-anak pun boleh join sekali! 5. Minuman keto-friendly Selalu masa cuti ni terpengaruh dengan air manis, kan? Sediakan pilihan minuman keto-friendly macam air teh o, teh hijau, atau kopi o kosong supaya tak tergoda dengan air manis berkarbo tinggi. Boleh juga standby sweetlab pemanis alternatif anda 6. Jangan stres kalau tersasar Kalau ada hari cheat day, tak apa! Cuti sekolah ni rileks je, tapi jangan jadikan cheat day tu habit. Kembali pada rutin secepat mungkin. Semoga cuti sekolah ni tetap boleh enjoy sambil jaga kesihatan dengan IFLK! P/S: Details tentang group coaching PMLS Wellness —> https://pmls.my.canva.site Untuk daftar, boleh ke sini - www.wassap.my/60137478788/pmlspremium
Show all...
1
Basic rutin Intermittent Fasting Lazy Keto (IFLK) Mudahkan untuk turun berat badan serta baiki kesihatan metabolik. Berikut adalah ringkasan asas rutinnya: 1. Intermittent Fasting (IF) Melibatkan jangka waktu berpuasa (contoh: 16 jam puasa, 8 jam makan atau 20 jam puasa, 4 jam makan). 2x makan. Untuk beginner, start dengan 12:12 (12 jam puasa, 12 jam makan). 3x makan Contoh nya 12:12 | 3 meal Last makan 7 malam Next makan 7 pagi, 12 noon, 6 petang 16:8 | 2 meal Last makan 7 malam Next makan 11 pagi, 6 petang Dalam makan (eating window), fokus pada pengambilan makanan yang tinggi lemak sihat, sederhana protein, dan rendah karbohidrat. Semasa tempoh puasa, hanya air, teh o kosong, atau kopi o tanpa gula yang dibenarkan. 2. Lazy Keto Berbeza dengan diet keto standard, Lazy Keto lebih santai kerana anda tidak perlu mengira makronutrien dengan teliti. Fokus utama adalah mengurangkan pengambilan karbohidrat secara drastik. 50g karbo allowance setiap hari adalah hidden dari kuah lauk pauk atau dari sayuran hijau. Pengambilan makanan yang kaya dengan protein dari haiwan comel dan dimasak dengan menu tekak Malaysia. Dan ditambah dengan sedikit lemak sihat seperti telur, minyak masak, santan dll Serta sedikit sayuran hijau atas tanah. 3. Makanan yang Dielakkan Karbohidrat Tinggi Nasi, roti, kentang, mi, gula, dan makanan yang diproses. Gula Kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan. Makanan proses Daging burger, meatball, fishball Buah-buahan Mengandungi fructose yang bebankan hati dan fructose akan straight tukar jadi lemak 4. Gaya Hidup Aktif Walaupun senaman tidak wajib, melakukan aktiviti fizikal ringan seperti briskwalk dapat membantu mencapai hasil lebih baik. 5. Cukup Tidur & Rehat Tidur yang cukup penting untuk pemulihan dan pengurusan hormon. Tidur awal dan bangun awal. Dapatkan 7/8 jam tidur yang lena. IFLK sebagai lifestyle, diamalkan sampai bila-bila. IFLK sesuai bagi mereka yang ingin diet santai santai dan makan sedap-sedap. #timketorae
Show all...
Permulaan cuti sekolah. Bermula juga segala ujian curang mencurangi untuk seminggu ni. Hari ni teringin nasi goreng kampung cualirice dan ayam goreng af. Cara dia mudah je. 1. Blend halus bunga kobis. Sukatan bunga kobis dalam setengah genggam. Memang tak besar pun. Kalau tak suka rasa bunga kobis tu, boleh kukus dulu sampai lembut. Kalau tak kisah, tak perlu pun kukus. Jimat masa haha. 2. Kisar bawang, ikan bilis dan cili api. 3. Tumis bahan kisar sampai naik bau, masukkan bunga kobis dan masak sehingga bunga kobis betul betul layu. Tim tak kukus dulu bunga kobis, so kena masak lama sikit. Sampai bunga kobis tu lembut. 4. Masukkan telur 2 biji atau ikut suka nak letak berapa banyak. Kacau rata telur agar sebati dengan nasi goreng. Adjust dengan garam. Tim makan dengan ayam goreng AF. Masalahnya, makan ni pun dah kenyang. Ayam seketul tak habis. 😂 Alhamdulillah.
Show all...
Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu. Tapi, yang sebenarnya menyebabkan penyakit ni ialah insulin resistance – punca juga kepada kanser, diabetes, dan Alzheimer. Pernah tak rasa lapar walaupun baru je makan? Atau perasan tak perut makin besar walaupun macam-macam dah cuba? Rasa otak slow macam kabur je, susah nak fokus? Atau rasa letih tak habis-habis walaupun tidur cukup? Ini semua sebab gaya hidup moden yang mencetuskan insulin resistance. • Kerja duduk lama • Tekanan kerja tinggi • Kurang tidur Ditambah lagi dengan diet penuh: • Makanan proses • Lemak tak sihat • Gula Gabungan ni adalah resepi untuk insulin resistance dan penyakit kronik. Jadi, apa itu Insulin Resistance? Insulin ialah hormon yang berfungsi macam kunci, yang bawa gula masuk ke sel-sel badan. Dengan insulin resistance, kunci ni tak muat elok. Gula tak dapat masuk ke dalam sel, jadi ia berkumpul dalam darah. Macam pintu yang tersekat, tak boleh buka. Buat je IFLK sampai jadi. Adjust sampai jadi lifestyle 💪
Show all...
1
*15 tips eating hack untuk IFLK yang bantu turun berat:* 1. *Mula puasa 16/8* – Puasa 16 jam, makan dalam 8 jam. Bagus untuk latih badan. 2. *Kawal karbo* – Pilih makanan low carb macam sayur hijau, daging, lemak sihat. Ini bantu badan masuk ketosis. 3. *Utama protein* – Setiap kali makan, pastikan ada protein macam ayam, ikan, atau telur. Protein buat kenyang lama. 4. *Minum air kosong bila perlu* – Air penting supaya tak rasa lapar palsu dan tolong badan buang toksin. 5. *Tambah garam Himalaya atau lake salt light* – Untuk ganti elektrolit yang hilang masa ketosis. 6. *Senam masa puasa* – Senam ringan macam jalan tolong bakar lemak lebih cepat. 7. *Puasa selang-seli* – Kadang-kadang buat puasa 24 jam / OMAD untuk reset balik metabolisme. 8. *Kopi atau teh tanpa gula* – Kopi hitam atau teh hijau boleh boost metabolisme dan bagi tenaga. 9. *Elak makanan proses* – Fokus makan real food macam daging segar, sayur, telur 10. *Makan ikut eating window* – Jangan makan luar tingkap makan. Disiplin kunci nak berjaya IFLK. 11. *Guna cuka epal* – Letak dalam air sebelum makan. Bantu penghadaman dan kawal gula darah. 12. *Makan sedikit sayur hijau atas tanah* – Sayur macam brokoli, bayam, kobis bagus untuk penghadaman. 13. *Tambah sedikit lemak sihat* – Setiap hidangan ada porsi lemak sihat contoh telur, kulit ayam dll. Buat kenyang lama dan kekalkan ketosis. 14. *Prep makanan siap-siap* – Masak siap untuk beberapa hari. Elak tergoda makan benda tak sihat. 15. *Cukup tidur* – Tidur cukup penting sebab ia kawal hormon lapar dan kenyang. --- P/S: Details tentang group coaching PMLS Wellness —> https://pmls.my.canva.site Untuk daftar, boleh ke sini - www.wassap.my/60137478788/pmlspremium
Show all...
Cheese lulus keto tak? Soalan femes berkaitan cheese. Actually kena tengok ingredients cheese ni dulu. 1. Bahan bahan dia sekadar 3/4 bahan je : krim susu, rennet, garam . Jenis ni lulus Ada cheese jenis highly processed food. Berjela jela ingredients dia. Especially cheese empat segi letak di burger tu. 2. Sebaiknya pilih jenis block. Yang seketul tu. Nak makan kena parut sendiri atau potong ikut keperluan. Kalau jenis shredded dalam paket plastik, kena double check ingredients dia. Sebab ada dicampur tepung gandum atau tepung jagung untuk elakkan dari jadi bergumpal. Boleh tengok gambar di bawah ni, jenis block dan baca ingredients dia. Ada juga cheese jenis shredded yang tiada bahan anti caking. So apa-apa hal baca ingredients ya. #timketorae
Show all...
*Tidur awal dan bangun awal ni memang ada kaitan dengan penurunan berat badan* terutamanya kalau ikut konsep *IFLK (Intermittent Fasting & Lazy Keto)* 1. Tidur awal bantu kawal hormon lapar Bila kita tidur awal, badan kita ada masa yang cukup untuk repair dan reset hormon. Hormon *ghrealin* (hormon lapar) akan lebih terkawal, so takde la rasa nak makan lewat malam. Lagipun, hormon *leptin* (hormon kenyang) pun akan lebih berfungsi, so bila bangun pagi tak rasa craving benda-benda manis atau karbohidrat. 2. Bangun awal bakar lebih kalori Bila bangun awal, ada lebih masa untuk buat aktiviti macam senaman ringan atau briskwalk, yang automatically boleh tingkatkan metabolism dan bakar kalori. Aktiviti pagi ni bagus sebab dalam fasa IF pun, bakar lemak yang tersimpan sebab masih dalam fat burning mode. 3. Rutin tidur teratur, stress berkurang Tidur yang cukup dan berkualiti membantu turunkan hormon stress cortisol. Bila hormon ni rendah, badan tak simpan banyak lemak terutamanya kat bahagian perut. So, kurang stress, lebih mudah badan nak turun berat. 4. Kurangkan craving lewat malam Tidur awal ni senang cerita mengelak kita daripada snacking malam-malam. Kadang-kadang bila kita stay up, otak mula la bagi signal lapar, padahal tak perlu pun makan. Tidur awal dan bangun awal buatkan lebih konsisten dalam fasting window dan senang nak stick dengan menu lazy keto. Simple tapi efektif! ——————————- P/S: Details tentang group coaching PMLS Wellness —> https://pmls.my.canva.site Untuk daftar, boleh ke sini - www.wassap.my/60137478788/pmlspremium
Show all...
PMLS Premium

Khas untuk turunkan berat badan

👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
"Hidup ni pendek, kenapa nak tunggu lagi untuk jaga kesihatan?” Kalau asyik tunggu masa yang ‘sesuai’, memang takkan tiba. Nak sihat, nak fit, nak bebas dari masalah berat badan dan sakit-sakit badan? Mulakan dengan langkah paling simple—Intermittent Fasting dan Lazy Keto (IFLK). Tak perlu diet yang susah, tak payah kira kalori bagai. Makan makanan sedap, sihat, dan paling penting, tak perlu berlapar sepanjang masa. Badan kita ni sebenarnya dah 'diprogram' untuk berjaya kalau kita bagi peluang. Jadi kenapa nak fikir banyak? Mulakan je hari ni. Bukak peti ais, pilih makanan yang betul, dan lihat perubahan kecil yang akan jadi besar dalam hidup. Setiap hari adalah peluang baru. Tak ada yang rugi, tapi banyak yang boleh dapat—badan lebih ringan, otak lebih fokus, dan keyakinan diri melonjak. Jangan tunggu lagi, jom buat sekarang! #timketorae
Show all...
2
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.