cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

INFO RASMI SK KANTAN PERMAI

Show more
Malaysia29 589The language is not specifiedEducation62 899
Advertising posts
1 744
Subscribers
No data24 hours
-17 days
+130 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Apakah perbezaan MPOX, Chickenpox dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)? Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan. Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini. #MalaysiaSihat
Show all...
👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
PENJAJARAN KURIKULUM MATA PELAJARAN SEKOLAH RENDAH 1. Pengurangan Kepadatan Kurikulum: Sehingga 50% pengurangan kepadatan untuk mata pelajaran Matematik dan Sains. 2. Mata Pelajaran yang Terlibat: Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (Tahap 1). 3. Penambahbaikan Utama: Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dipermudahkan dan mesra ibu bapa. Pelaporan keputusan ujian dalam bentuk peratus dan gred. Akses pelaporan secara dalam talian untuk ibu bapa. 4. Latihan Guru: Webinar bersiri untuk guru mengenai penjajaran kurikulum. MALAYSIA MENDIDIK Pendidikan Untuk Perubahan
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. VIRTUAL GREEN CAMP 2.0 PERINGKAT KEBANGSAAN Tarikh: 10 -11 September 2024 Masa: 2:00 - 4:00 petang Medium: Secara Dalam Talian 🌵Syukur alhamdulillah semua 20 orang peserta SKKP telah berjaya menyelesaikan tugasan dalam Virture Green Nature Camp 2.0 Peringkat Kebangsaan. 🌵Tahniah diucapkan kepada semua murid yang mengambil bahagian khususnya kepada MIRZA BIN NAZMI (4 Dahlia) yang mendapat tempat ke-4 Rahsia Khazanah Banjaran Crocker Kategori Tahun 4 (Lelaki). 🌵Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Ameera Sabeela yang telah mengurus dan membimbing murid² dalam pertandingan ini dari mula hingga tamat. 🌵Juga tidak dilupakan ucapan terima kasih buat barisan pentadbir, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan pelaksanaan program ini. #SKKPFlyHigh #UnitKokurikulum Saya yang menjalankan amanah, Aziyah binti Ahmad PK Kokurikulum
Show all...
👍 2
Photo unavailableShow in Telegram
Assalamualaikum, Salam Sejahtera Salam Malaysia Madani Salam SKKP Fly High Ibu bapa/penjaga murid SK Kantan Permai KUTIPAN DERMA BAGI MURID KEMATIAN AYAH Dimaklumkan bahawa pada 7 September 2024, seorang murid SK Kantan Permai telah kehilangan ayah tercinta kerana serangan jantung. 🌺Murid terlibat adalah Mohd Nazirul Bin Mohd Zaidi ( 5 Mawar ) Sehubungan itu, Unit Bantuan dan Kebajikan Murid, ingin memohon jasa baik ibu bapa/ penjaga sekiranya sudi menghulurkan sumbangan kepada murid tersebut. Semoga dengan sumbangan ikhlas yang diberikan dapat meringankan sedikit beban keluarga mereka. ✅Kutipan sumbangan ini akan diadakan pada hari Jumaat 13 September 2024. ✅1.Cara membuat sumbangan adalah berupa wang tunai dan diserahkan melalui anak-anak tuan/puan kepada guru kelas masing-masing / Tabung Hari Jumaat. Atau 2. Melalui akaun PIBG (Rujuk Poster) Kerjasama dan sumbangan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. AMIZAH BINTI TALIB PK HEM SK Kantan Permai #SKKPFLYHIGH #UNITHEM #UnitBantuandanKebajikanMurid
Show all...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🔖Berdasarkan Surat Siaran KPM Bil.9 Tahun 2024 : PELAKSANAAN SURAT AKUAN IBU BAPA/PENJAGA UNTUK KEBENARAN RAKAMAN GAMBAR/VIDEO/AUDIO MURID SERTA MEMUAT NAIK KE LAMAN MEDIA SOSIAL BAGI PROGRAM ANJURAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, pihak sekolah perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa/ penjaga untuk memuat naik rakaman gambar / video / audio ke laman media sosial melalui Borang Akuan Kebenaran. 🔖Sehubungan itu, Borang Akuan Kebenaran Ibu Bapa /Penjaga akan diedarkan kepada murid-murid pada hari Isnin, 9/9/2024. 🔖Tiada sebarang paksaan dari pihak KPM untuk tuan/puan membenarkan / tidak membenarkan. 🔖Tuan/Puan perlu menghantar semula borang akuan yang telah lengkap diisi kepada guru kelas anak tuan/puan selewat-lewatnya pada hari Rabu, 11/9/2024. 🔖Borang akuan ini sah digunakan dalam tahun semasa sahaja dan perlu mengisi semula pada tahun berikutnya. Harap maklum dan terima kasih. Saya Yang Menjalankan Amanah, Nur Syahidah Aisyah Somchit Guru Besar SKKP
Show all...
👍 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera ibu bapa berkualiti SK Kantan Permai, Untuk makluman semua, pihak sekolah tidak menghalang anak2 untuk memakai apa busana pun pada hari Jumaat ini. Asalkan memeriahkan suasana, menyuntik semangat patriotik anak2 dan tidak melanggar protokol pemakaian Jalur Gemilang. GB Ecah🩷
Show all...
👍 3
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.