cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Parti Keadilan Rakyat [RASMI]

Maklumat sahih & terkini dari KEADILAN

Show more
Advertising posts
3 872
Subscribers
+124 hours
-57 days
+1230 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Photo unavailableShow in Telegram
👍 7🥰 2
Photo unavailableShow in Telegram
👍 5
Photo unavailableShow in Telegram
12👍 3🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
Happy Mid-Autumn Festival!
Show all...
👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
TIADA KEPUTUSAN BERKENAAN PENANGGUHAN PEMILIHAN PARTI SELEPAS PRU16 DIBUAT DI DALAM MESYUARAT MPP 15HB SEPTEMBER 2024 Merujuk kepada artikel Nantha Kumar yang di siarkan oleh Malaysiakini bertajuk “PKR tangguh pemilihan parti selepas PRU16 -sumber “- disini saya ingin menegaskan bahawa tiada keputusan sedemikian telah dibuat sewaktu mesyuarat MPP pada ahad 15hb September 2024. Walaupun ada perbincangan serta pandangan dilontarkan, namun ia hanya perbincangan dan tiada keputusan tuntas. Mesyuarat berpendapat perlu lebih banyak libat urus diadakan di semua peringkat kepimpinan parti sebelum satu-satu keputusan dibuat. Saya berharap bahawa pihak Malaysiakini akan bersikap lebih bertanggungjawab pada masa akan datang kerana saudara Nantha Kumar sudah pun menghubungi saya malam semalam dan saya juga sudah menafikan bahawa keputusan tersebut telah dibuat. Ayat saya berbunyi “Tidak ada keputusan sedemikian yang dibuat di mesyuarat MPP semalam “ Hajah Fuziah Salleh Setiausaha Agung KEADILAN
Show all...
10👏 2
Photo unavailableShow in Telegram
Himpunan KEADILAN Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi Ke Malaysia MADANI! Ayuh beramai-ramai hadir! Tarikh: 20 September 2024 (Jumaat) Masa: 8.00 malam Tempat: Stadium Axiata, Bukit Jalil Kini masa untuk terus membawa semangat perjuangan yang tidak pernah pudar semenjak tahun 1998. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyemarakkan gelombang reformasi rakyat ini bagi mengangkat aspirasi Malaysia MADANI. Jumpa anda semua di sana! #MalaysiaMADANI #Reformasi #KEADILAN
Show all...
12👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
9👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Sewaktu dunia dibadai kemarau mencari contoh dan suri teladan, kita wajar terus menjadikan murabbi terunggul dan teragung umat, iaitu Rasulullah SAW sebagai Uswatun Hasanah. Nabi Muhammad SAW adalah murabbi yang wajib diberi sorotan dengan penuh perhatian, bukan sahaja keperibadiannya namun mesti mencakup sisi kepemimpinan negara, masyarakat dan keluarga khususnya dalam konteks model negara bangsa Madinah. Cita-cita negara yang madani tidak lepas dari mengambil ibrah dan model Piagam Madinah yang dipelopori oleh Baginda berasaskan formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan bertiangkan keadilan dan ihsan. Allah SWT berfirman dalam surah Al Ahzab ayat 21, ‎لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيْ رَسُوْلِ اللّٰهِ اُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَنْ كَانَ يَرْجُوا اللّٰهَ وَالْيَوْمَ الْاٰخِرَ وَذَكَرَ اللّٰهَ كَثِيْرًاۗ “Sungguh, pada (diri) Rasulullah benar-benar ada suri teladan yang baik bagimu, (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat serta yang banyak mengingat Allah." PM Anwar Ibrahim
Show all...
12🥰 1
Photo unavailableShow in Telegram
Tahniah dan selamat bertugas Setiausaha Agung KEADILAN YB Fuziah Salleh
Show all...
👍 14 3
Photo unavailableShow in Telegram
MPP KEADILAN fokus pengukuhan struktur parti Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN yang bermesyuarat hari ini telah memutuskan penyusunan semula beberapa jawatan penting untuk memantapkan gerak kerja parti. Suadara Saifuddin Nasution Ismail akan menumpukan usaha beliau sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, anggota Biro Politik KEADILAN dan ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan. Beliau melepaskan jawatan Setiausaha Agung. Saudari Fuziah Salleh menggantikan Saudara Saifuddin sebagai Setiausaha Agung parti. Sementara itu, Saudari Fuziah yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang akan digantikan dengan Saudara Rizal Jamin. Bagi negeri Perak, Saudara Mohamad Hairul Amir Sabri dilantik sebagai Pengerusi MPN Perak bagi menggantikan Saudara Chang Lih Kang. Saudara Lih Kang terus menjawat Naib Presiden KEADILAN. Saudara Mohd Azlan Helmi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MPN Perak.
Show all...
👍 4 1
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.