cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking Β«Accept allΒ», you agree to the use of cookies.

avatar

Nurul Izzah Anwar

Saluran Rasmi Naib Presiden Parti KEADILAN Rakyat - Nurul Izzah Anwar.

Show more
Malaysia23 679The language is not specifiedPolitics11 381
Advertising posts
2 932
Subscribers
No data24 hours
-17 days
-2230 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Kecil usaha kita, namun besar maknanya buat mereka 🏑 Bina-bina rumah dalam 3 hari, Minta-minta tolong kawan-kawan EPIC Homes, Siap-siap sebuah, buat keluarga Orang Asli Suku Temuan - Priesslie, Lisa & Fiani, Lain kali kita bina lagi, buat pengalaman penuh epik! ✊🏼 Selamat Hari Malaysia, teman-teman senegaraku! πŸ‡²πŸ‡Ύ Hantaran penuh πŸ‘‡πŸ½ FB : https://www.facebook.com/share/cUP1gKBNszTETbxK/? INSTAGRAM : https://www.instagram.com/p/C_-lorNy68p/?igsh=aDdka2RnZmd3bXNw
Show all...
❀ 25πŸ‘ 4
00:26
Video unavailableShow in Telegram
Ucapan saya seputar isu melindungi pendidikan anak-anak khususnya di wilayah yang dilanda konflik peperangan sempena 5th Observance of The International Day to Protect Education from Attack di Qatar. Tonton ucapan penuh : https://www.instagram.com/reel/C_47bgcynCu/?igsh=c3dzamViMGg2cjQ4
Show all...
IMG_6031.MP420.28 MB
❀ 23πŸ‘ 5
Ucapan penuh saya seputar isu melindungi pendidikan anak-anak khususnya di wilayah yang dilanda konflik peperangan sempena 5th Observance of The International Day to Protect Education from Attack di Qatar. Tonton video penuh : https://www.instagram.com/reel/C_47bgcynCu/?igsh=c3dzamViMGg2cjQ4
Show all...
β€œDo our best, we must!” πŸ‘ŠπŸ½ Menghadiri jemputan Pre-Summit Workshop : Youth Empowerment : Celebrating Girls in ICT Day Malaysia 2024 di Menara BAC hari ini πŸ‡²πŸ‡Ύ Saya turut berkongsi cerita tentang Margaret Hamilton, seorang wanita yang merupakan seorang ibu dan juga jurutera perisian (computer software). Margaret telah mencipta kod perisian yang ditulisnya secara manual, dan perisian ini lah antara perisian penting yang mampu menghantar angkasawan Neil Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat di Bulan. Dalam kita meraikan kemajuan yang telah kita capai bagi memberdayakan anak-anak perempuan kita dalam bidang ICT, kita harus bergerak melangkaui hanya sekadar menggalakkan mereka untuk menceburi bidang ICT; tetapi, kita juga perlu mencipta ekosistem yang mampu mendokong mereka sepanjang kerjaya mereka πŸ’ͺ🏽 Seronok dapat bertemu anak-anak dari Assuntarian, alma mater saya πŸ₯°
Show all...
❀ 38πŸ‘ 9
Show all...
TikTok Β· n_izzah

650 likes, 128 comments. β€œHmm. Terimalah diri ini seadanya πŸ™‚β€β†•οΈβ€

❀ 19πŸ‘ 5
Photo unavailableShow in Telegram
Innalillahiwainnailayhiraji'un. Amat berdukacita menerima perkhabaran pemergian Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, En Rozaid Rahman sebentar tadi. Seringkali ketika bertemu, Allahyarham akan berkongsi cerita kenangan lalu ketika beliau bersama menempuh perjuangan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Pengorbanan dan jasa Allahyarham tidak akan sesekali saya lupakan. Salam takziah diucapkan buat seluruh anggota keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, merahmati dan menjadikan Syurga sebagai ganti tempat tinggalnya. Setiap pesanan dari Uncle, akan sentiasa Izzah ingat dan kenang. Al-Fatihah.
Show all...
😒 25😭 10πŸ‘ 3❀ 3
Tahun ini, Alhamdulillah saya menyambut Hari Raya Aidiladha di Permatang Pauh. 16 ekor lembu telah disumbangkan menerusi Program Qurban Madani di DUN Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir untuk diagihkan buat warga #PermatangPauh. β€œOleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)” (108:2) Semoga segala pengorbanan kita yang disulami dengan penuh keikhlasan dan ketaatan tanpa syarat kepada perintah Allah SWT, mendapat keredhaan dari-Nya. Salam Aidiladha 1445H.
Show all...
πŸ‘ 40❀ 23πŸ₯° 1
Photo unavailableShow in Telegram
Ibu, Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku ❀️ Selamat Hari Ibu buat Mama dan semua para ibu yang telah banyak berkorban masa, keringat dan tenaga buat keluarga dan anak-anak. Tiada kata mahupun perbuatan yang mampu membalas segala jasamu. Terima kasih di atas segala curahan kasih sayang yang telah diberikan dan pengorbanan yang dilakukan. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati di setiap langkahmu serta mengurniakan kejayaan di setiap usahamu. Mudah-mudahan para ibunda yang kita sayangi akan sentiasa diberkati Allah SWT dengan rahmat-Nya yang Maha Luas. Insya-Allah. Love you, Mama and all supermoms out there 🫰🏻
Show all...
❀ 74πŸ‘ 15πŸ₯° 6
Photo unavailableShow in Telegram
Innalillahiwainnailaihirajiun. Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga mangsa yang terkorban ketika latihan di Pangkalan TLDM, Lumut. Diiringi dengan doa agar diberi kekuatan dalam mendepani dugaan dan ujian ini. Ini bukan sahaja kehilangan yang besar dirasai buat keluarga mangsa yang terlibat, tetapi juga kepada TLDM dan negara. Semoga mereka yang terkorban ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan diampuni segala dosa. Insya-Allah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.
Show all...
😒 27❀ 6😭 4πŸ‘ 2
Photo unavailableShow in Telegram
Misi Kemanusiaan ke G. Cerita 6.00 pagi tadi, saya ke KLIA bagi menghantar 20 aktivis Malaysia yang terdiri dari para doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media bagi menyampaikan bantuan yang amat diperlukan ke Gaza. Mereka telah berlepas ke Istanbul dalam Misi Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla yang turut disertai para sukarelawan dari beberapa negara lain. Misi mereka? Untuk menamatkan sekatan 🀲🏼 2 minggu yang lalu, kita dikejutkan dengan serangan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Z ke atas NGO World Central Kitchen yang menyediakan hidangan segar dan membekalkan bantuan makanan di Gaza. Kini, bukan sahaja tembakan dan bom yang menyerang, tetapi makanan, barangan asas dan ubat-ubatan juga digunakan sebagai β€œsenjata perang” oleh rejim Z. Sama-sama kita mendoakan keselamatan Freedom Flotilla Coalition (FFC). Pray for their safety, immediate ceasefire and for Palestine. Amin YRA.
Show all...
❀ 36πŸ‘ 10😒 1
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.