cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking ยซAccept allยป, you agree to the use of cookies.

avatar

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Channel Telegram rasmi Menteri Besar Terengganu.

Show more
Malaysia26 271The language is not specifiedPolitics13 144
Advertising posts
2 311
Subscribers
-124 hours
-57 days
-130 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Dengarkan ucapan 4 Menteri Besar Kerajaan 4 Negeri di platform Youtube dan Facebook Dr Sam. ๐Ÿ“ŒFacebook https://www.facebook.com/share/v/U5cHLqpWkRN94hSe/?mibextid=QwDbR1 ๐Ÿ“ŒYoutube https://www.youtube.com/live/5-4vT66V4uA?si=WkhEzQpHHA84Y_7U
Show all...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

Photo unavailableShow in Telegram
Perkongsian saya mengenai "Teguh Menghadapi Ketidakpastian Geopolitik & Ekonomi" ini lebih kepada pemerhatian peribadi yang boleh jadi ia tidak benar dan tidak semestinya berdasarkan analisis yang dilakukan secara mendalam. Secara ringkasnya, ketidakpastian dalam geopolitik dan ekonomi ini boleh memberi kesan yang signifikan terhadap perancangan ekonomi dan sesuatu keputusan yang perlu dilakukan bagi sesebuah perniagaan, kerajaan, malah kepada individu. Antara persoalan yang timbul, "Adakah terdapat penyelesaian mudah untuk menghadapi ketidakpastian ini?" Bagi saya, tiada penawar cepat atau penyelesaian tunggal untuk isu-isu ini. Secara ideal, jika kita dapat menyelesaikan setiap ketidakpastian tersebut, maka masalah akan selesai. Namun, hidup ini tidak ideal kerana kebanyakan perkara berada di luar kawalan kita sebagai manusia. Dalam era ketidakpastian ini, tindak balas yang proaktif dan strategik oleh negara kita yang mempunyai pelbagai latar agama, etnik dan budaya, bukan sahaja perlu bersedia untuk menghadapi cabaran tetapi juga bersedia untuk merebut sebarang peluang. Justeru, kita akan muncul lebih kuat, lebih bersatu dan lebih makmur. Bersama-sama dengan kerjasama pemimpin serantau dan global, penyelidikan, kumpulan pemikir dan rakan antarabangsa, kita akan mampu membina Malaysia yang berdaya tahan untuk berdiri teguh di pentas global. Insya-Allah.
Show all...
ุฅูู†ูŽู‘ุง ูู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ Allahu Akbar, dunia hari ini menerima perkhabaran syahidnya insan yang tinggi perjuangannya untuk agama Islam dan warga Palestin. Ismail Haniyyeh, Ketua Biro Politik H^m45 tidak asing lagi dengan pengorbanan tidak berbelah bahagi dan merupakan tokoh dalam usaha perundingan genjatan senjata dalam p*r4ng yang masih berlarutan hingga kini. Biarpun seorang demi seorang ahli keluarganya gugur angkara Zi0ni5, namun beliau tetap teguh dengan pendiriannya untuk terus menentang kekejaman Isr43l ke atas P4l3stin. Bahkan ia sedikit pun tidak mempengaruhi tindakan pejuangan H^m45 di mana-mana peringkat. โ€œKami tidak akan sesekali mengiktiraf Isr43lโ€ Kata-kata agung yang dilaungkan oleh beliau pada 18 tahun akan terus ditanam dalam minda umat Islam sehingga hari ini. Tanggungjawabnya telah selesai dengan syahidnya beliau hari ini. Dan kita adalah saksi atas perjuangan dan pengorbanan beliau untuk Islam dan P4l3stin. Ismail Haniyeh, pasti akan dikenang sebagai pejuang yang teguh berprinsip hingga akhir hayatnya. Semoga ditempatkan dalam syurga tertinggi oleh Allah SWT. Al-Fatihah buatmu Sang Pejuang sejati.
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Alhamdulillah, Terengganu tidak sunyi dengan kedatangan para ulama. Hari ini, Buya Yahya dari negara jiran, Indonesia hadir mengajar dan berkongsi ilmu di bumi tercinta. Jemput hadir ke Masjid Jamek Pengadang Baru.
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Insya-Allah, dua insan yang berasal dari Terengganu, Dato' Mohd Azizulhasni Awang dan Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 masing-masing dalam acara berbasikal dan acara berbasikal lebuh raya wanita. Lebih membanggakan lagi, Nur Aisyah merupakan pelumba wanita pertama negara yang layak ke Olimpik dalam acara berbasikal lebuh raya wanita. Tahniah atas kejayaan untuk sampai ke tahap ini yang sudah tentu hasil usaha, disiplin dan komitmen yang luar biasa daripada kalian. Insya-Allah, setiap langkah dan larian anda, ada doa dan sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia. Selamat maju jaya.
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Alami sendiri pengalaman budaya Korea di K-Culture Festival yang akan berlangsung pada 18 sehingga 20 Julai ini di KTCC Mall Kuala Terengganu. Pelbagai aktiviti menarik disediakan buat pengunjung yang hadir.
Show all...
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.