cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Ibu Rose - Mesejnya Kasih Channel

Perkongsian Loving & Firm Parenting dari Ibu Rose (Rozieta Shaary) www.iburose.com pada umum

Show more
Advertising posts
7 726
Subscribers
No data24 hours
-57 days
-1430 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Ibu dah LIVE di IKIM.FM. Jom sertai Ibu serta DJ IKIM berbincang topik Ibu Baru: Mengurus Emosi dan Mental Jemput Like dan share ya. https://www.facebook.com/ikimfm/videos/1262131258488710
Show all...
IBU BARU: MENGURUS EMOSI DAN MENTAL | Bersama Ibu Rose, Pakar...

Bersama Ibu Rose, Pakar Keluarga dan Pembangunan Modal Insan, AL Advancement of Human Potential

👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Topik hangat! Jom bersama Ibu esok di Live Radio IKIM.fm. Jumpa anda esok! ❤️
Show all...
Mari ajak lebih ramai memahami parenting dengan lebih tepat bersama Ibu di Channel Telegram. Jemput share dan sebarkan. Moga Allah kurniakanmu pahala atas niat murni ini. Aminnn t.me/iburoselove
Show all...
Ibu Rose - Mesejnya Kasih Channel

Perkongsian Loving & Firm Parenting dari Ibu Rose (Rozieta Shaary) www.iburose.com pada umum

Redha Suami . Antara perkara tak mudah nak buat hari ni. Ibu akui dengan apa yang wanita miliki membuatkan kadang-kadang ada masa dia merasakan tidak bersuami lebih baik. . Mungkin wanita mempunyai kekuatan ekonomi sendiri. Mungkin wanita mempunyai pangkat lebih besar dan aset yang lebih berbanding suami. Mungkin wanita mempunyai pendidikan yang lebih tinggi dari suami. Mungkin wanita ini terbiasa menjadi seorang decision maker dan suami selalu mengharapkan isteri untuk membuat keputusan. . Hanya IMAN dan TAQWA pemelihara diri. . Biasanya diawal perkahwinan sama-sama saling berusaha untuk menunjukkan sisi terbaik diri. Tapi bila tempoh 'honeymoon' berakhir keluarlah warna sebenar diri masing-masing. Semestinya ujian mulai hadir. Subhanallah. . Namun ujian-ujian itu sebenarnya hadir untuk menguatkan ikatan sesebuah perkahwinan. Benar, untuk menguatkan. . Jadi kalau sayang mungkin di fasa awal perkahwinan dan melalui ujian ada 2 peraturan yang perlu dipatuhi. Peraturannya : 1. Bersabar 2. Rujuk peraturan yang pertama . Paling ampuh ambillah apa yang Allah pesan dalam Al Quran sebagai jalan keluar. Antara pesanan Allah dari Surah Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud: "Wahai mereka yang beriman, jadikanlah SABAR dan SOLAT itu sebagai penolongmu." Allahu Akbar. . Nampak tak pada ayat ni Allah highlight SABAR dahulu kemudian barulah SOLAT. Ibu bukanlah orang yang layak untuk mengulas ayat ini. Sayang boleh cuba cari guru tadabbur untuk lebih memahami ayat ini ya. InsyaAllah dengan memahami ayat ini lebih dalam InsyaAllah ia boleh jadi ayat healing dan ayat penguat jiwa sayang untuk tetap tabah menghadapi apa jua cabaran dalam kehidupan berumahtangga ini. . Ingat sayang kita suami isteri tidak maksum. Pasti akan melakukan kesilapan. . Firman Allah lagi dalam Surah Asy-Syura (ayat 40) yang bermaksud : "Maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (jaminan) Allah.” Malah ada ulama yang menafsirkan jaminan ini dengan infiniti yakni hanya Allah yang tahu berapa besar pahala yang Dia berikan. Allahu Akbar. . Siapa pun jodohmu, dia adalah insan TERBAIK untuk sebuah pembelajaran hidupmu dalam mendekatkan diri kepada Allah. Pasti ada kebaikan atas segala takdir Allah. Good or bad, everything is good. . Ya Allah kurniakanlah kami keluarga yang sentiasa sakinah mawaddah warahmah dalam penjagaan kasih sayangMu. . Dalam masa yang sama, Ibu amat memahami ada para isteri yang mendapat cabaran hebat dari kekurangan suami. Mungkin didera fizikal, emosi, mental dan banyak lagi. Jika ini berlaku, Allah tidak menyuruh isteri-isteri itu duduk diam dan sekadar menangis. Kerana tiada penganiayaan dalam Islam. . Ibu mendoakan agar yang masih berumah-tangga ditautkan hati suami-isteri kerana Allah. Yang sudah tidak, semoga diberi kekuatan meneruskan hidup dengan tenang dan aman. Allah itu sentiasa bersama dengan hambaNya yang sabar dan berusaha. Aminnn Ya Mujib . Jemput untuk bersama Ibu di Telegram : t.me/iburoselove . Salam kasih, Ibu Rose & Yasmin Sari (Team Ibu Rose)
Show all...
Ibu Rose - Mesejnya Kasih Channel

Perkongsian Loving & Firm Parenting dari Ibu Rose (Rozieta Shaary) www.iburose.com pada umum

4👍 1
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Ibu dah Live. Jom kita sertai Topik: Elak Anak Dibuli atau Jadi Pembuli (SIRI 1) Tekan link ini bawah untuk sertai ya https://www.facebook.com/iburoselove/videos/1604804526917620
Show all...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

🥴 1
Assalamualaikum semua. Kes buli akhir-akhir ni semakin menjadi-jadi, hingga ada yang kehilangan nyawa kerananya. Sebagai parents, perkara ini sungguh merisaukan. Lagi-lagi kalau anak tinggal di asrama. . Kalau anak di asrama, orang kata kena buli sikit-sikit tu, biasalah. Supaya anak tu tak jadi orang yang lembik. Tapi, betul kah cara fikir begini? Sejauh mana ‘buli sikit-sikit’ itu boleh diterima? . Kalau anak lelaki dibuli secara fizikal. Yang perempuan pula dibuli secara mental. Allahuakbar. Apa sebenarnya yang terjadi? . Bagaimana supaya anak kita boleh terselamat dari dibuli? Bagaimana juga supaya anak kita terlindung daripada menjadi pembuli? . Berat kan isu ni? Apa kata kalau sertai kami dalam LIVE Parenting Bersama Ibu Rose untuk kita berbicara lanjut soal yang sangat penting ini! Insya-Allah Puan Yasmin Sari akan menemani Ibu Rose disepanjang sesi perkongsian ini. Tak sabar kan? Jadi bila tu? . Tajuk: Elak Anak Dibuli atau Jadi Pembuli (SIRI 1) 📅 Hari: SETIAP HARI Rabu 📅 Tarikh: 14 Ogos 2024 ⏰ Masa: 3.30 petang 📍 Tempat: Facebook Live di Fb Page : Ibu Rose-Mesejnya Kasih https://www.facebook.com/iburoselove Jom ambil peluang ni, kita belajar dari pakarnya. Sediakan soalan ya. Insya-Allah pasti ia juga akan dapat membantu parents lain yang mungkin mengadapi masalah yang sama. . Jom #tag kawan-kawan kita, moga sama-sama kita dapat belajar dan memperkayakan ilmu keibubapaan. . Jom set reminder dan join kami LIVE di Facebook pada hari Rabu (esok) jam 3.30petang. Jumpa anda esok, Insya-Allah! 💖 #ParentingGuru #Buli #ElakAnakDibuli #FacebookLiveBersamaIbuRose #BuliSiber #ParentingTips
Show all...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

1. Surah Al-Hujurat, Ayat 11: o "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah satu kaum memperolok-olok kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka (yang diperolok-olok) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olok), dan jangan pula wanita-wanita (memperolok-olok) wanita-wanita lain, kerana boleh jadi wanita (yang diperolok-olok) lebih baik daripada wanita (yang memperolok-olok). Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Hujurat, 49:11) 2. Surah Al-Hujurat, Ayat 12: o "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan prasangka, kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Hujurat, 49:12) 3. Surah Luqman, Ayat 18-19: o "Dan janganlah engkau memalingkan wajahmu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri. Dan sederhanalah dalam berjalan dan lembutkanlah suaramu. Sungguh, seburuk-buruk suara adalah suara keledai." (Surah Luqman, 31:18-19) 4. Hadis Riwayat Tirmidzi: o "Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada keluarganya." 5. Hadis Riwayat Muslim: o "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, menyayangi, dan saling tolong-menolong adalah seperti satu tubuh; apabila satu anggota badan merasakan sakit, maka seluruh tubuh turut merasakan sakit dan demam." 6. Hadis Riwayat Bukhari: o "Seorang Muslim adalah seseorang yang orang lain selamat dari (gangguan) lisan dan tangannya." 7. Hadis Riwayat Muslim: o "Barangsiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi." 8. Surah An-Nisa', Ayat 36: o "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil, dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri." (Surah An-Nisa', 4:36) 9. Surah Al-Baqarah, Ayat 263: o "Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun." (Surah Al-Baqarah, 2:263) 10. Surah An-Nahl, Ayat 90: o "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (Surah An-Nahl, 16:90)
Show all...
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.