cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking Β«Accept allΒ», you agree to the use of cookies.

avatar

Friends Of Shafiq Halim

Please join us

Show more
Advertising posts
4 022
Subscribers
-924 hours
-447 days
-16830 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Y.B./ Y.Bhg. Tan Sri/ Dato Sri / Datuk / Dato’ / Sdra / Sdri Saya Mohamad Shafiq Abdul Halim, ahli Bersatu : 00485139 baru sahaja menerima borang pencalonan jawatan peringkat ARMADA Malaysia. Saya graduan dari Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam bidang Sains Komputer Teknologi Maklumat dengan CGPA 3.67. Sebelum ini saya berkhidmat dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Jabatan KDNKA Bukit Aman sebagai Tugas-Tugas Khas untuk merangka dan membangunkan sistem pemantauan jenayah dan perisikan untuk digunakan oleh PDRM. Pernah menerima anugerah dan sijil perhargaan dari Tan Sri Dato Sri Mohamad Fuzi Bin Harun, Ketua Polis Negara dalam sumbangan dan penglibatan merangka dan mencadangkan sistem kamera pengecaman muka yang pertama di Malaysia untuk kegunaan PDRM. Aktif dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dimana menjadi ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) No Ahli: 2014/K-AS/L/9538 pada tahun 2014 dibawah Ustaz Aminuddin bin Yahaya kemudian bergerak aktif bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan terlibat dalam beberapa gerakan rakyat. Gerakan terbaru adalah "Gelombang Selamatkan Malaysia 2.0" dengan kerjasama Pembela Tanah Air (PETA) dan lain-lain NGO. Mendapat didikan agama dari Almarhum Tuan Guru Baba Mad Kupang, Prof Dr Sheikh Mohd Hisham Sultan At-Tamimi, Almarhum Tuan Guru Hj Mohd Zuki As Sujjak Shafie, Al Habib Muhammad Bin Muhammad Aqiel Al Mahdaly, Almarhum Tuan Guru Baba Abdullah Mapat dan Al Allamah Baba Mad Mawi al Fathani di Pondok Makmawi. Dari sudut pegangan idealisma, saya seorang nasionalis Melayu yang inginkan masyarakat Melayu yang bermartabat dan mandiri. Cabaran dalam parti BERSATU dimana ahli keluarga saya iatu isteri dan saya pernah ditangkap oleh SPRM dan didakwa atas kesalahan yang tidak pernah saya lakukan. Saya orang ketiga didakwa selepas Tan Sri Presiden dan Datuk Wan Saiful Wan Jan, selain itu saya juga telah melawati hampir kesemua lokap-lokap balai polis di Kuala Lumpur dan Selangor secara tidak rasmi hanya kerana aktif di media social dan penglibatan dalam himpunan menentang kerajaan. Inilah mehnah dan tribulasi yang terpaksa saya hadapi demi memperjuangkan parti yang saya cintai iatu BERSATU. *TAWARAN SAYA UNTUK BERTANDING DALAM PEMILIHAN KALI INI ADALAH SAYA MEWAKAFKAN DIRI SAYA UNTUK PERJUANGAN MEMBELA AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR DENGAN PENUH SEMANGAT DAN CITA-CITA MENDESAK PERUBAHAN KE ARAH KEBAIKAN.* - Mohamad Shafiq Abdul Halim - https://vt.tiktok.com/ZS29Ch5KM/
Show all...
I am @shafiq.halim on TikTok. To download the app and watch more videos, tap: https://m.tiktok.com/invitef/download?username=muser&platform=copy

TikTok

πŸ‘ 27❀ 2
TERESA KOK PERLU MOHON MAAF KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA. [1] Tindakan menyalahkan ChatGPT atas kenyataan kontroversi mengenai sijil halal adalah tindakan yang tidak bertanggung-jawab. Sebagai seorang ahli parlimen, Teresa Kok seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak boleh hanya menyalahkan alat terjemahan atau media. [2] Kenyataan tersebut telah memberi kesan negatif terhadap hubungan antara kaum dan agama di Malaysia serta mencetuskan perbincangan yang boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia terutama dalam isu sensitif seperti sijil halal. [3] Tindakan beliau menyalahkan ChatGPT memberikan contoh yang buruk kepada masyarakat, terutama generasi muda, tentang kepentingan ketepatan dan tanggungjawab dalam menyampaikan maklumat. [4] Beliau seharusnya bertindak dengan lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kenyataan kontroversi yang telah telah menimbulkan kemarahan dan kecaman dari pelbagai pihak serta mengakui kesilapannya sepenuhnya. Mohamad Shafiq Abdul Halim Penyelidik dan Penganalisa Politik https://www.facebook.com/share/p/sqQqh2zNKEjtPtNF/?mibextid=WC7FNe
Show all...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

πŸ‘ 2
Salam perjuangan Bro, Beberapa hari ini ramai teman-teman yang bertanya tentang ura-ura saya tarik diri dari bertanding dalam Armada & akan ke pertandingan MPT. Kononnya saya β€˜disarankan’ oleh TS Presiden untuk ke jawatan MPT selepas musyawwarah Armada. Saya telah semak dengan TS Presiden dan hal tersebut TIDAK BENAR. TS Presiden tidak pernah memberi sebarang β€˜endorsement’ kepada mana-mana pimpinan yang berhasrat untuk bertanding jawatan utama dalam Armada. Sebagai Presiden, TS menggalakkan musyawwarah yang melibatkan semua pihak yang berminat dan berkepentingan. Bukan musyawwarah syok sendiri yang kemudiannya dijadikan perisai untuk melindungi calon pilihan kelompok tertentu pimpinan Armada hari ini. Ini trick murah politik mereka. TS Presiden senantiasa terbuka untuk melihat demokrasi yang subur dalam parti khususnya sayap Armada. Begitu juga dalam pertemuan saya bersama DS Setiausaha Agong petang semalam. Beliau terbuka dan yakin dengan komitmen saya untuk membantu usaha pengukuhan parti melalui sayap Armada. Sebagai bakal Timbalan Presiden, beliau juga mahukan Armada yang kuat, berjuang dalam pasukan & mampu bergerak secara independen/berdikari tanpa membebankan parti. Penting untuk Armada dapat berdiri sama tinggi dengan sayap pemuda parti-parti lain khususnya Pemuda UMNO & Pemuda PAS. Saya juga tegaskan kepada SUA bahawa komitmen saya terhadap Armada tidak pernah berganjak. Saya akan terus berjuang untuk Armada yang lebih kuat, dinamik dan mampu bersaing dengan sayap Pemuda parti-parti yang lain. Saya harap rakan-rakan tidak termakan dengan penipuan dan trick murah politik mereka. Cukup-cukup lah Armada ini dijadikan alat untuk kepentingan peribadi dan kelompok tertentu dalam kepimpinan Armada. Tiba masanya untuk seluruh ketumbukan Armada diperingkat akar umbi bersuara dan membuat pilihan. Armada bukan milik individu. Armada bukan milik kelompok elit pemimpin Armada di atas sahaja. Armada adalah masa depan BERSATU. Armada Untuk semua ! Muhammad Hilman bin Idham ADUN Gombak Setia
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Show all...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

OVERCLAIM MELEBIHI REALITI SEBENAR Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, semalam membuat tuntutan yang cukup mengejutkan. Beliau menyatakan bahawa Kuala Lumpur berjaya menduduki tangga teratas sebagai "bandar raya paling mesra di benua Asia" dibawah pentadbiran kerajaan MADANI. Namun, benarkah tuntutan ini? Mari kita bongkar fakta sebenarnya. Malangnya, dakwaan ini ternyata tidak berasas dimana senarai yang digunakan sebagai rujukan itu sebenarnya diterbitkan pada 2019, sebelum Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Sehingga harini Nga masih belum memberi respon kepada kesilapan membuat pujian berlebihan tersebut. Bagaimana kita boleh mempercayai kerajaan jika menterinya sendiri menyebarkan maklumat yang tidak tepat? Dakwaan Nga Kor Ming tentang Kuala Lumpur sebagai "bandar paling mesra" jelas palsu. Sebagai menteri, beliau sepatutnya lebih berhati-hati dalam menyemak fakta sebelum membuat kenyataan umum. Jika seorang menteri berani menyebarkan maklumat yang tidak tepat, bagaimana kita boleh mempercayai dengan janji-janji kerajaan yang lain? Tinjauan terbaru menunjukkan Kuala Lumpur sebenarnya berada di kedudukan ke-15. Ini bermakna dakwaan kerajaan tentang Kuala Lumpur sebagai "bandar paling mesra" langsung tidak menggambarkan keadaan sebenar. Penurunan ini kerana skor indeks keselamatan yang rendah serta penurunan dalam skor indeks hak asasi manusia. Bayangkan, sebagai pelancong, anda datang ke negara yang dikatakan selamat dan mesra, tetapi sebenarnya anda berasa tidak selamat. Siapa yang mahu melawat tempat seperti itu? Selain itu, Indeks Inisiatif Pengukuran Hak Asasi Manusia (HRMI) 2024 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin terancam dengan kebebasan mereka. Menurut HRMI, kes tangkapan sewenang-wenangnya, penyeksaan, kehilangan secara paksa, hukuman mati dan pembunuhan di luar undang-undang semakin meningkat. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sendiri berasa tidak selamat daripada kekejaman kerajaan dan lebih berisiko ditindas oleh pihak berkuasa di bawah pentadbiran kerajaan MADANI. Keadaan ini sudah tentu mempengaruhi keputusan pelancong asing untuk melawat Malaysia. Jika kerajaan terus zalim dan tidak adil, Malaysia akan hilang daya tarikannya sebagai destinasi pelancongan. Mohamad Shafiq Abdul Halim
Show all...
😁 4
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.