cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

PM Anwar Berhujah...

Bagi memudahkan rakyat Malaysia dan pengguna Telegram membaca di satu tempat - tulisan, ucapan atau pos dari PMX akan dipos di sini. Langgani di: https://t.me/PMAnwarMenulis 1 Ramadhan 1445

Show more
Advertising posts
265
Subscribers
+124 hours
+37 days
No data30 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 petang tadi di Putrajaya. Berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas selaku pengerusi daripada Laos, saya tekankan keperluan untuk setiap kementerian lakukan persediaan yang mantap serta menyeluruh. Malaysia perlu menjadi peneraju yang hebat dengan pelbagai program yang disusun harus benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN keseluruhannya. 20240917
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Terkesan saat menerima laporan bahawa sahabat dekat saya Tan Sri Ahmad Mohd. Don telah dijemput ilahi lewat malam tadi. Beliau merupakan mantan Gabenor Bank Negara Malaysia dan sebelumnya Ketua Pengarah Eksekutif Maybank tahun 1991-1994. Mendoakan kekuatan buat keluarganya atas ujian yang getir ini dan semoga ruhnya diberi keampunan oleh Allah SWT serta ruhnya diberikan tempat yang terbaik olehNya. 20240917
Show all...
Pagi ini saya telah merasmikan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 edisi ke-20 yang disertai lebih 2,000 pempamer dari 66 buah negara. Sekalung penghargaan atas pencapaian hebat MIHAS 2023 yang telah diiktiraf sebagai The Largest Attendance of a Halal Trade Show oleh Guinness World Records dengan catatan kehadiran seramai 38,566 pengunjung pada tahun lalu. Dalam ucapan, saya sentuh mengenai komitmen Kerajaan MADANI untuk terus mengangkat industri halal sebagai antara penyumbang utama ekonomi Malaysia, khususnya dengan memastikan produk dan pensijilan halal negara berjaya menerobos ke peringkat antarabangsa. Dalam setiap pertemuan saya dengan pemimpin negara luar, pastinya agenda berkaitan ekosistem pembangunan industri halal akan menjadi antara fokus utama perbincangan, sekali gus membuktikan pengiktirafan dunia terhadap prospek dan kualiti industri halal negara. Industri halal yang diterajui Malaysia telah jauh melangkaui kefahaman tradisional, bahkan diperluas meliputi keseluruhan ekosistem hingga menyantuni setiap lapisan rakyat sama ada petani, nelayan, pengusaha kecil atau peniaga besar selaras tuntutan Maqasid Syariah. Saya turut berbangga dengan pencapaian MIHAS yang berjaya meluaskan akses pasaran baharu dengan penganjuran MIHAS@Dubai. Semoga semua usaha yang dilaksanakan mengangkat nama Malaysia sebagi pemain utama industri halal dunia. 20240917
Show all...
Malam tadi di Kota Kinabalu bagi meraikan Sambutan Hari Malaysia 2024 bersama teman-teman. Salut saya kepada rakyat Sabah serta para petugas yang tidak berganjak walau hujan lebat membasahi lokasi keramat, Padang Merdeka. Semangat Jiwa Merdeka seperti ini harus sentiasa disemat utuh oleh semua dalam membangun Malaysia selain menjauhi sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain. Mewakili Kerajaan Persekutuan, saya bertekad untuk terus mengangkat darjat semua negeri terutamanya kawasan pedalaman, terpencil dan miskin bandar. Saya turut memberi jaminan akan bertungkus lumus menjayakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bersama rakan pimpinan dan Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63). Saya percaya dengan permuafakatan serta musyawarah yang wujud antara Persekutuan dengan setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak, perkara ini mampu direalisasikan. 20240917
Show all...
02:10
Video unavailableShow in Telegram
Perjuangan harus diteruskan #atus
Show all...
ATUS3 Replacement.mp449.21 MB
02:10
Video unavailableShow in Telegram
Perjuangan harus diteruskan #atus
Show all...
ATUS3 Replacement.mp449.21 MB
Ucapan saya di Majlis Sambutan Hari Malaysia 2024, Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 16 September 2024
Show all...
Ucapan Penuh PM Anwar Ibrahim di Majlis Sambutan Hari Malaysia 2024, Padang Merdeka, Kota Kinabalu

02:10
Video unavailableShow in Telegram
September 1998 - Pengganti perjuagan #atus
Show all...
ATUS2 Replacement.mp449.21 MB
Photo unavailableShow in Telegram
Penghargaan saya kepada seluruh keluarga besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Terima kasih atas jasa dan keringat kalian dalam melindungi keselamatan dan kedaulatan negara. Teruskan berbakti buat negara tercinta ini. Selamat Hari ATM Ke-91.
Show all...
Mengiringi KDYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Majlis bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI', merangkumi manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah SAW yang sangat signifikan bagi memacu umat Islam di negara ini ke arah kejayaan di dunia dan akhirat. Dihadiri kira-kira 6,000 tetamu, Baginda Tuanku turut berkenan mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kepada penerima-penerima. Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul, Mufti Negeri Sarawak Sahibus Samahah Datu Kipli Haji Yassin dan juga enam orang penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW: 1. Datin Aminah Zakaria 2. Dato’ Ab. Jamal Tun Sakaran 3. Datin Paduka Prof. Dr Khatijah Yusoff 4. Prof. Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain 5. Sariah Ibrahim 6. Micheal Tong Wai Siong (Uncle Mike). Dalam mencari model contoh ikutan, kita wajar terus menjadikan murabbi terunggul dan teragung ialah Rasulullah SAW sebagai Uswatun Hasanah. Nabi Muhammad SAW, adalah murabbi yang wajib diberi sorotan dengan penuh perhatian, bukan sahaja keperibadiannya namun lebih dari itu pakej Rasullah SAW sebagai pemimpin negara, masyarakat dan keluarga khususnya dalam konteks model Madinah dibawah payung kepimpinan beliau. Sehubungan itu, cita-cita negara Madani juga tidak lepas dari mengambil ibrah dan model Piagam Madinah yang dipelopori oleh Baginda berasaskan formula kepelbagaian dalam bingkai kesatuan bertiangkan keadilan dan ihsan. لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّـهَ كَثِيرًا Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: 21) 20240916
Show all...
Choose a Different Plan

Your current plan allows analytics for only 5 channels. To get more, please choose a different plan.